SANDAKAN: Seekor ular tedung sembur sepanjang setengah meter dengan berat 300 gram ditangkap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan dalam satu operasi di Kuarters JKR Batu 1½ di sini, Rabu.
Ular itu ditangkap menggunakan peralatan khas
(gambar) selepas panggilan kecemasan pada jam 8.33 pagi melalui sistem NG 999.
Pengadu memaklumkan terdapat seekor ular berwarna hitam di dalam dapur kediamannya.
Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.