LABUAN: Penumpang udara yang berlepas dari Lapangan Terbang Labuan meluahkan rasa marah dan kecewa apabila terpaksa beratur panjang untuk pemeriksaan bagasi secara manual oleh pegawai Kastam.
Situasi itu berlaku berikutan kedua-dua mesin pengimbas bagasi X-ray di lapangan terbang berkenaan mengalami kerosakan.
Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Labuan Datuk Wong Kii Yii berkata keadaan itu tidak sepatutnya berlaku kerana Jabatan Kastam mengutip hasil cukai tinggi selain Malaysia Airports Bhd yang mengenakan caj perkhidmatan penumpang.
“Kegagalan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan bagasi yang cekap memberi gambaran buruk terhadap pulau ini.
Advertisement





