PENAMPANG: Yayasan Bahasa Kadazandusun (KLF) tidak akan dibiarkan bergerak sendiri dalam membangunkan perkembangan bahasa-bahasa ibunda pelbagai etnik yang ada di Sabah.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Ewon Benedick berkata inisiatif KLF dan rakan strategik, pasukan SIL, perunding linguistik, pakar teknikal serta penyumbang komuniti memberikan sumbangan terbaik untuk memperkasakan bahasa ibunda kepada pelajar.
Sehubungan itu katanya pengajian bahasa etnik Sabah di universiti perlu disokong melalui pemberian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) kepada pelajar yang memilih pengajian ini.
“Saya sokong inisiatif ini dan perlu diperkenalkan sebagai galakan kepada pelajar untuk memilih bidang pengajian tersebut dan seterusnya menjadi tenaga pengajar subjek itu di sekolah-sekolah.






