Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
10 PTI dijel empat bulan
Published on: Saturday, February 21, 2026
Published on: Sat, Feb 21, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
10 PTI dijel empat bulan
Mereka didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) akta sama yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, serta boleh dikenakan sebatan sehingga enam kali, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: 10 warga asing masing-masing dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana masuk ke negeri ini secara tidak sah.

Daripada jumlah itu, sembilan adalah warga Filipina dan seorang warga Indonesia. Kesemua mereka mengaku bersalah di hadapan Hakim Hurman Hussain atas kesalahan yang dilakukan di lokasi berasingan selepas gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

Advertisement
Mereka didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) akta sama yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, serta boleh dikenakan sebatan sehingga enam kali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut memerintahkan kesemua 10 tertuduh diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut. Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Imigresen Kamrul Md Yusof.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Dalam kes berasingan, seorang wanita didenda RM700 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret kerana terlibat dalam perjudian dalam talian.

Norlin Kamis, 24, mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas kesalahan yang dilakukan pada 26 Nov 2025 kira-kira 3.30 petang di sebuah kedai kopi di Bandaran Berjaya.

Advertisement
Dia didakwa mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa Norlin ditahan polis ketika sedang berjudi dan sebuah telefon bimbit Redmi yang digunakan dalam kegiatan itu dirampas.

Advertisement
Pemeriksaan telefon berkenaan menemukan satu aplikasi perjudian dikenali sebagai Epay Mobile Reload, dan laporan pakar perjudian mengesahkan aplikasi itu melibatkan “permainan nasib”.

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Yusdi Basri.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here