Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
PTI direman pukul teman wanita
Published on: Sunday, March 08, 2026
Published on: Sun, Mar 08, 2026
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
PTI direman pukul teman wanita
Kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan melakukan ugutan jenayah. Seksyen 323 memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda RM2,000 manakala Seksyen 506 membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda khususnya jika ugutan melibatkan ancaman terhadap nyawa atau harta benda.
RANAU: Seorang pendatang tanpa izin (PTI) berusia 46 tahun direman empat hari selepas disyaki memukul teman wanitanya baru-baru ini.

Mangsa seorang wanita warga Filipina berusia 50 tahun yang memegang pasport sah mengalami cedera ringan pada siku kanan sebelum tampil membuat laporan di balai polis berhampiran kerana bimbang tentang keselamatannya.

Advertisement
Menurut butiran kes pengadu membuat laporan polis kira-kira jam 10.34 pagi pada Jumaat lalu mendakwa dirinya dipukul oleh teman lelaki yang berketurunan Suluk.

Siasatan awal mendapati pada hari sebelumnya pengadu bertengkar dengan suspek sebelum pergi bekerja pada jam 4 petang. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ketika pulang dari kerja sekitar jam 11.30 malam dan tiba di tangga menuju bilik sewa pengadu terserempak dengan suspek.

Suspek kemudiannya cuba menumbuk kepala pengadu namun berjaya ditolak sebelum suspek menarik tangan kiri pengadu dan menolak wanita itu sehingga terjatuh di lantai simen tangga. 

Advertisement
Lelaki terbabit juga cuba menendang pengadu tetapi wanita itu sempat memegang kaki suspek sebelum bangun dan melarikan diri.

Pengadu kemudian dikejar oleh suspek yang turut mengugut untuk memecahkan kepalanya dan membunuhnya.

Advertisement
Kejadian dipercayai berpunca daripada pengadu yang mengesyaki suspek mempunyai hubungan dengan wanita lain sekali gus menimbulkan kemarahan suspek selepas ditegur.

Siasatan lanjut mendapati suspek dan pengadu telah menjalin hubungan selama tiga tahun dan pada satu kejadian tahun lalu suspek juga pernah cuba mencederakan wanita itu menggunakan pisau.

Bertindak atas maklumat sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau menahan suspek di sebuah bilik di Pekan Ranau sebelum dibawa ke IPD Ranau untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan melakukan ugutan jenayah. Seksyen 323 memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda RM2,000 manakala Seksyen 506 membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda khususnya jika ugutan melibatkan ancaman terhadap nyawa atau harta benda.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here