Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Tiga cedera nahas dua kenderaan di Tuaran
Published on: Saturday, February 21, 2026
Published on: Sat, Feb 21, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Tiga cedera nahas dua kenderaan di Tuaran
KEADAAN di lokasi kemalangan.
Tuaran: Tiga lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Tuaran-Tenghilan berhampiran simpang Kampung Serusup, di sini, Rabu lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Timbalan Penguasa Bomba, Kurong Ak Beki berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.25 pagi.

Advertisement
Katanya, seramai lapan anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian dengan satu jentera dan kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)

“Sebaik tiba, pasukan mendapati dua kenderaan terbabit. Sebuah Proton Saga Aeroback dan sebuah Perodua Alza.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Tiga lelaki berusia 18 hingga 24 tahun yang menaiki kereta Proton Saga Aeroback mengalami kecederaan, manakala pemandu kereta Perodua Alza, seorang lelaki berusia 45 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurutnya, kesemua mangsa cedera diberi rawatan awal dan dihantar ke Hospital Tuaran untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Advertisement
“Pasukan seterusnya memeriksa kenderaan terlibat untuk memastikan tiada punca bahaya lain. 

“Punca kemalangan masih dalam siasatan manakala operasi ditamatkan pada jam 3.55 pagi,” ujarnya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here