Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Labuan cemerlang di Malang
Published on: Friday, February 20, 2026
Published on: Fri, Feb 20, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Labuan cemerlang di Malang
PASUKAN Labuan.
LABUAN: Pasukan Karate Labuan mencipta kejayaan membanggakan di Kejohanan Karate Terbuka Jawa Timur (Jatim) – Piala Kemenpora RI 2026 apabila berjaya bawa pulang 11 pingat, tiga emas, dua perak dan enam gangsa di GOR Ken Arok, Malang, Indonesia.

Presidennya, Renshi Aswadee Taba berkata, kejayaan itu membuktikan keupayaan atlet Labuan bersaing di peringkat antarabangsa serta menjadi petanda positif pembangunan sukan tersebut di Labuan.

Advertisement
Pasukan diwakili sembilan atlet itu meraih tempat ke 10, daripada 81 kontinjen dengan 1,396 atlet. 

Atlet senior Syarulniza Abdul Jamil membuka tirai kejayaan dengan merangkul emas pertama dalam acara kumite senior wanita 61kg.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Momentum diteruskan Muhammad Isyraf Faiz Mohd Ismifarizal dengan menghadiahkan emas dalam kumite senior lelaki +84kg selain turut menambah pingat perak dalam kategori kumite B-21 lelaki +84kg.

Ayqal Mohd Dzulfadly menyumbang emas ketiga pasukan apabila muncul juara kumite B-14 lelaki -55kg. Sementara itu, Mohamad Aqib Aimar Mohamad Affendi menunjukkan semangat juang tinggi untuk meraih pingat perak dalam kumite B-12 Lelaki -35kg selepas tewas tipis di perlawanan akhir. 

Advertisement
Mohamad Aqib turut menyumbang pingat gangsa dalam acara kata B-12 lelaki dan Muhammad Adil Mohd Badruddin turut mencatat prestasi cemerlang dengan menyumbang dua pingat gangsa dalam kategori kata junior lelaki dan kumite junior lelaki -68kg.

Pasangan kembar, Nur Aleesya Dayana Asmadie dan Nur Ariesya Dayana Asmadie, masing-masing menyumbang pingat gangsa dalam kategori kumite kadet perempuan -54kg dan kumite kadet perempuan -47kg.

Advertisement
Pingat gangsa keenam pasukan disumbangkan oleh Khaidyn Nazeem Mazri dalam kategori kumite kadet Lelaki +70kg.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here