Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Kes tembakan: Anggota polis ditahan
Published on: Friday, February 20, 2026
Published on: Fri, Feb 20, 2026
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Kes tembakan: Anggota polis ditahan
JAUTEH melawat anggota polis itu.
TAWAU: Seorang anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden terlepas tembakan yang mencederakan rakan setugasnya semasa menjalankan satu operasi tangkapan di Ba Zhong, Jumaat lalu.

Siasatan dibuat menjurus kepada prosedur pengendalian senjata api ketika pergelutan berlaku semasa anggota terlibat berusaha menangkap seorang lelaki warga asing yang cuba melarikan diri. Kes disiasat di bawah Seksyen 37 Akta Senjata 1960.

Advertisement
Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau Supt Champin Piuh berkata anggota polis yang cedera itu – dikenal pasti sebagai Koperal Mohamad Halim Annuar Mohd Reduwan, 38, dan bertugas di Balai Polis Tawau – telah menjalani pembedahan di Hospital Tawau pada Ahad lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun melawat anggota yang cedera itu di hospital, ditemani oleh Champin dan Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Kontinjen Sabah SAC Datuk Abdul Fuad Abdul Malek.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dalam lawatan ini, Jauteh turut mendapatkan perkembangan tahap kesihatan anggota selain menyampaikan kata-kata semangat dan sokongan moral, menggesanya terus kuat dan tabah sepanjang menjalani rawatan.

“Lawatan prihatin itu turut mencerminkan komitmen kepimpinan tertinggi Kontinjen Sabah menjaga kebajikan anggota, sekali gus meningkatkan semangat dan motivasi warga PDRM, khususnya di Tawau,” kata Champin.

Advertisement
Beliau berkata, warga asing berumur 30-an terbabit kini juga menjalani rawatan susulan di Wad Ortopedik bersama anggota polis yang cedera itu.

Suspek itu, dirujuk sebagai orang yang kena tahan (OYKT), kini menghadapi lima siasatan berasingan. Selain tuduhan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas rasmi di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, dia juga disiasat di bawah Seksyen 25 (1) (o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) kerana memiliki kad pengenalan orang lain. 

Advertisement
Lelaki itu juga disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/ 1963 kerana tinggal atau berada di negara ini tanpa memiliki dokumen pengenalan diri yang diiktiraf.

Dua lagi kertas siasatan berkaitan pemilikan syabu dan aktiviti penyalahgunaan dadah menerusi Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) akta yang sama.

Jumaat lepas, seorang lelaki (OYKT) cuba melarikan diri selepas kereta yang dinaikinya ditahan oleh dua anggota polis yang menjalankan tugas rondaan bit dan cegah jenayah kira-kira jam 10.45 pagi di Jalan Persisiran Pantai.

Anggota polis berkenaan mengejarnya sehingga ke kawasan Pusat Komersial Bazhong Tawau sebelum berhasil membuat penahanan, namun berlaku pergelutan dengan lelaki yang dikejar terbabit.

Dalam kejadian itu, seorang anggota polis didakwa terlepas satu das tembakan sehingga menembusi tangan kiri suspek malah turut mencederakan paha kanan seorang lagi anggota yang datang untuk membantu.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here