Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Sambut harapan, aspirasi dan peluang baharu: Liew
Published on: Monday, February 16, 2026
Published on: Mon, Feb 16, 2026
Text Size:
Text:
Sambut harapan, aspirasi dan peluang baharu: Liew
Liew mahu rakyat menyambut harapan, aspirasi dan peluang baharu serta menggesa mereka supaya lebih bersedia, proaktif dan berdaya usaha dalam memenuhi jangkaan Tahun Kuda Api.
Kota Kinabalu: Ketika sambutan Tahun Baharu Cina yang penuh tuah menjelang, marilah kita menjadikan tahun 2026 sebagai satu “permulaan baharu” untuk mewujudkan persekitaran yang lebih aman, stabil, dinamik dan progresif demi kemajuan sosioekonomi serta kemakmuran berterusan Sabah, kata bekas Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Christina Liew.

Beliau mahu rakyat menyambut harapan, aspirasi dan peluang baharu serta menggesa mereka supaya lebih bersedia, proaktif dan berdaya usaha dalam memenuhi jangkaan Tahun Kuda Api.

Advertisement
“Ini kerana Tahun Kuda Api dijangka membawa perubahan pesat serta dipenuhi peluang, menurut pakar feng shui.

“Dalam budaya Cina, kuda melambangkan sifat kepantasan, kekuatan fizikal, tenaga dan ketahanan, yang diterjemahkan kepada tindakan pantas dan tegas dalam menangani sesuatu situasi di tengah-tengah cabaran.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bahkan kita boleh melihat Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan cekap Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengamalkan nilai-nilai baik ini apabila bersungguh-sungguh menangani isu semasa untuk penyelesaian jangka panjang, selain melaksanakan program dan projek baharu bagi transformasi ekonomi demi kesejahteraan rakyat,” katanya dalam perutusan Tahun Baharu Cina.

Tambahnya, tindakan strategik dan inisiatif kerajaan baharu selepas pilihan raya mencerminkan kedinamikan seekor kuda.

Advertisement
Liew turut berikrar akan terus berkhidmat kepada rakyat dalam kapasiti lain. “Selagi saya sihat dan berada dalam kedudukan untuk membantu, saya akan terus berbakti kepada rakyat mengikut kemampuan saya,” katanya.

Dari perspektif Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), bekas menteri negeri itu menyeru semua rakyat Malaysia di Sabah agar menyambut pelancong dengan tangan terbuka serta melayani mereka dengan hormat.

Advertisement
“Rakyat Sabah terkenal dengan sifat sopan, mesra dan ramah, jadi marilah kita mengekalkan nama baik ini secara berterusan.

“Pastikan pengunjung berasa seperti di rumah sendiri ketika menikmati ‘Matahari, Laut dan Pantai’ yang sinonim dengan Sabah sebagai destinasi pelancongan pilihan, atau bagi mereka yang lebih gemar cabaran, meneroka keunikan khazanah alam semula jadi kita,” katanya.

Beliau mengakhiri: “Saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina yang bahagia dan makmur kepada semua komuniti Tionghua, rakan-rakan dan penyokong. Gong Xi Fa Cai. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here