Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Semi trailer langgar tempoh larangan disita
Published on: Monday, February 16, 2026
Published on: Mon, Feb 16, 2026
Text Size:
Text:
Semi trailer langgar tempoh larangan disita
Tuaran: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah menyita sebuah kenderaan barangan jenis Semi Trailer Kargo Am (gambar) atas kesalahan memandu kenderaan barangan dalam tempoh larangan sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026, di Telipok di sini. 

Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan terbabit membawa tujuh unit muatan gelung aluminium apabila ia melakukan kesalahan memandu kenderaan barangan dalam tempoh larangan pada Sabtu.

Advertisement
Kenderaan itu disita di bawah Kaedah 2(1), Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Pengangkutan Barangan) RTR (PDGV). Ia dibawa ke SPK JPJ Telipok bagi tujuan timbang, pemeriksaan dokumentasi, siasatan serta tindakan lanjut. 

Jabatan itu, dalam kenyataan, berkata ia akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya oleh pengendali kenderaan barangan. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan demi keselamatan semua pengguna jalan raya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here