Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Peniaga terima notis jual makanan tamat tempoh
Published on: Friday, February 13, 2026
Published on: Fri, Feb 13, 2026
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Peniaga terima notis jual makanan tamat tempoh
Foto ihsan Pejabat Kesihatan Kawasan Beluran
BELURAN: Dua notis dikeluarkan kepada peniaga selepas makanan tamat tempoh didapati dijual semasa operasi penguatkuasaan di bawah Akta Makanan 1983 di pekan Beluran pada Khamis.

Operasi yang diadakan sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina itu dijalankan dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari melibatkan pemeriksaan di pasar raya dan kedai runcit.

Advertisement
Pejabat Kesihatan Kawasan Beluran memaklumkan sebanyak 13 premis diperiksa dengan dua notis dikeluarkan mengikut Peraturan 14(9)(b) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 kerana menjual makanan melepasi tarikh luput.

Menurutnya operasi tersebut dilaksanakan selaras dengan Akta Makanan 1983 bagi memastikan keselamatan dan kualiti makanan yang dijual kepada pengguna khususnya menjelang sambutan Tahun Baharu Cina. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Operasi itu melibatkan pegawai penguatkuasa dari Pejabat Kesihatan Kawasan Beluran bersama wakil Majlis Daerah Beluran.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa memeriksa tarikh luput sebelum membeli makanan dan melaporkan sebarang keraguan kepada pihak berkuasa bagi membantu memastikan keselamatan makanan terpelihara. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here