Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Sabah catat pelaburan RM24.98 bilion bagi tempoh 2020-2025
Published on: Saturday, February 07, 2026
Published on: Sat, Feb 07, 2026
Text Size:
Text:
Sabah catat pelaburan RM24.98 bilion bagi tempoh 2020-2025
Ewon berkata berdasarkan rekod Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida), RM19.55 bilion terdiri daripada pelaburan asing manakala RM5.43 bilion merupakan pelaburan domestik.
Kota Kinabalu: Sabah mencatatkan pelaburan berjumlah RM24.98 bilion yang diluluskan dalam tempoh lima tahun dari September 2020 hingga September 2025.

Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (Mindet), Datuk Ewon Benedick, berkata berdasarkan rekod Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida), RM19.55 bilion terdiri daripada pelaburan asing manakala RM5.43 bilion merupakan pelaburan domestik.

Advertisement
“Tahun 2022 mencatatkan pelaburan tertinggi berjumlah RM8.38 bilion, diikuti tahun 2025 sehingga suku ketiga dengan nilai RM7.54 bilion.

“Selain itu, kerajaan negeri juga merancang membina Taman Perindustrian Ekonomi Biru di Kudat serta Taman Perindustrian di Kota Belud bagi merancakkan pelaburan dan aktiviti perindustrian di Sabah,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Amanat Berhormat Menteri, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025 dan Sanjungan Kasih Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, pada Khamis.

Ewon menambah, kerajaan negeri akan mengumumkan pelan tindakan interim bagi menangani isu kesesakan kontena di Pelabuhan Teluk Sepanggar dalam masa terdekat.

Advertisement
Beliau juga menjelaskan kerajaan negeri memberi tumpuan kepada pembangunan perusahaan tempatan bagi memastikan usahawan Sabah mampu bersaing dalam rantaian bekalan pelaburan global.

“Setakat ini, hanya 261 syarikat dari Sabah daripada 12,742 syarikat yang berdaftar dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menyertai program ekspo antarabangsa.

Advertisement
“Berdasarkan situasi ini, kementerian perlu melakukan penambahbaikan dalam usaha memperkasakan penyertaan syarikat Sabah di pasaran antarabangsa,” ujarnya.

Hadir sama, Pembantu Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Jonnybone J Kurum dan Setiausaha Tetap Mindet, Datuk Thomas Logijin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here