Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
RM559.85 juta perkasa sekuriti makanan
Published on: Monday, February 16, 2026
Published on: Mon, Feb 16, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
RM559.85 juta perkasa sekuriti makanan
HAJIJI ketika lawatan ke tapak gerai usahawan.
Tuaran: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM559.85 juta untuk Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (Maffi) tahun ini bagi meningkatkan keterjaminan makanan dan Kadar Sara Diri (SSR) bagi tanaman makanan negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata sektor pertanian kekal sebagai salah satu daripada tiga tonggak utama yang memacu pertumbuhan ekonomi negeri di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2.0 (SMJ 2.0).

Advertisement
“Ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan sekuriti makanan kekal kukuh. Seperti yang kita sedia maklum, isu keterjaminan makanan telah menjadi agenda utama di peringkat global dan nasional,” katanya pada pelancaran Jelajah Kebun Dapur Maffi di Padang Istiadat, di sini pada Ahad.

Hajiji berkata perubahan iklim, ketidaktentuan ekonomi, gangguan rantaian bekalan dan peningkatan kos sara hidup memerlukan pendekatan baharu yang lebih praktikal, berdaya tahan dan inklusif. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Oleh itu, sektor pertanian, perikanan dan industri makanan akan terus menjadi nadi kepada pembangunan sosio-ekonomi Sabah,” katanya. 

Hajiji turut memaklumkan beberapa inisiatif sedang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Sabah, sebagai agensi utama yang bertanggungjawab menjalankan pembangunan subsektor tanaman antaranya Pembangunan Zon Pengeluaran Tanaman Makanan Kekal di 15 buah Taman Kekal Pengeluaran Makanan di negeri ini. 

Advertisement
Selain itu, RM3 juta diperuntukkan kepada Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) bagi Perbelanjaan Mengurus manakala RM15 juta lagi untuk perolehan jentera menuai dan pembajakan padi.

“Inisiatif ini adalah untuk menjadikan Sabah sebagai pengeluar padi dan beras yang mampan, berdaya saing, serta untuk menjamin sekuriti makanan dengan sasaran 60 peratus Tahap Sara Diri (SSL) menjelang 2030,” katanya. 

Advertisement
Hajiji yakin bahawa tiga tonggak pembangunan ekonomi negeri iaitu perindustrian, pertanian dan pelancongan akan meningkat dalam tempoh lima tahun di bawah Hala Tuju SMJ 2.0. 

Bagaimanapun, beliau berkata keterjaminan makanan bukanlah tanggungjawab ladang atau projek berskala besar semata-mata. 

“Ia juga bermula di peringkat akar umbi iaitu di laman rumah kita sendiri. Dalam konteks ini, inisiatif Kebun Dapur di bawah program Revolusi Ekonomi Luar Bandar merupakan salah satu strategi yang bukan sahaja berfokus kepada pengeluaran makanan tetapi turut menekankan aspek pengurangan kos sara hidup serta pembentukan komuniti yang lebih berdikari dan mampan,” katanya. 

Jelajah Kebun Dapur, yang mula dilaksanakan di seluruh Sabah, bertujuan memastikan inisiatif ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat, termasuk mereka di kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman. 

“Saya mahu melihat Tuaran muncul sebagai ‘Daerah Kebun Dapur Model’, di mana inisiatif ini bukan sahaja dilaksanakan tetapi benar-benar menjadi sebahagian daripada cara hidup komuniti. 

“Saya berharap setiap kampung, kawasan perumahan dan komuniti akan mengambil peluang ini untuk mengusahakan kebun dapur mengikut kemampuan dan kreativiti masing-masing,” katanya.

Hajiji menambah Jelajah Kebun Dapur mengguna pakai pendekatan mentor–mentee di mana usahawan yang berjaya dan berpengalaman akan membimbing serta menasihati komuniti setempat. 

“Pendekatan ini bukan sahaja memastikan pemindahan pengetahuan dan amalan terbaik secara berterusan, tetapi juga memperkukuh pelaksanaan di peringkat akar umbi serta membina rangkaian sokongan berasaskan komuniti,” katanya.

Beliau menggesa golongan belia di negeri ini, khususnya di Tuaran, agar merebut peluang yang ditawarkan melalui siri jelajah tersebut untuk mempelajari teknik pertanian pintar yang menggabungkan inovasi dan teknologi, yang dapat menjana pendapatan tambahan

Terdahulu, Menteri Maffi Datuk Jamawi Jaafar berkata Jelajah Kebun Dapur akan dilaksanakan di setiap kawasan Parlimen di Sabah, dengan jelajah pertama yang telah pun dimulakan pada Ahad di Padang Istiadat, di sini.

Katanya, lokasi seterusnya adalah Putatan memandangkan memperkasa sektor pertanian luar bandar menjadi azam utama beliau sejak hari pertama melapor diri sebagai menteri

“Kementerian bersama pegawai Jabatan Pertanian akan menyediakan pakej istimewa pada harga rendah melibatkan pembekalan input pertanian dan ternakan seperti ayam, kambing, ikan, sayur-sayuran serta lain-lain keperluan asas pertanian.

“Dengan adanya Kebun Dapur ini di mana sayur-sayuran dan ternakan diusahakan di sekitar rumah, rakyat tidak lagi perlu bergantung sepenuhnya kepada pembelian di kedai atau pasar,” katanya.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here