Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Cemburu punca wanita dibunuh, mayat dikerat
Published on: Saturday, February 14, 2026
Published on: Sat, Feb 14, 2026
By: Sisca Humphrey
Text Size:
Text:
Cemburu punca wanita dibunuh, mayat dikerat
Jauteh berkata mangsa dikatakan pergi ke rumah keluarga suspek di kampung pada hari kejadian dan pertengkaran dipercayai berlaku sebelum mangsa dibunuh. 
Kota Kinabalu: Polis mengesahkan motif cemburu menjadi punca pembunuhan seorang wanita berusia 44 tahun yang anggota badannya dikerat dan ditemukan di beberapa lokasi pembuangan sampah di Indah Permai, Menggatal, pada Khamis.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata suspek utama, seorang lelaki tempatan berusia 70 tahun, pernah bertunang dengan mangsa dan didakwa membelanjakan kira-kira RM7,000 sepanjang tempoh pertunangan mereka.

Advertisement
Bagaimanapun, perkahwinan itu tidak menjadi dan mangsa kemudiannya berkahwin dengan lelaki lain, yang dipercayai menimbulkan perasaan tidak puas hati dan dendam pada suspek.

Jauteh berkata mangsa dikatakan pergi ke rumah keluarga suspek di kampung pada hari kejadian dan pertengkaran dipercayai berlaku sebelum mangsa dibunuh. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Polis percaya parang dan senjata tajam lain digunakan, dan suspek mengaku mengerat mayat wanita itu.

Seorang lagi suspek berusia 19 tahun, dipercayai anak mangsa, turut ditahan kerana dilaporkan berada di rumah berkenaan ketika kejadian, namun tahap penglibatannya masih disiasat.

Advertisement
Jauteh berkata kes itu berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang 24 jam selepas penemuan awal bahagian tubuh manusia oleh pekerja lori sampah kira-kira jam 6.30 pagi pada 12 Feb.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan kenderaan pacuan empat roda sumbangan Ketua Menteri di IPK Sabah, Jumaat.

Advertisement
Terdahulu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt Syed Lot Syed Ab Rahman berkata dua lelaki tempatan ditahan dalam operasi susulan maklumat risikan polis. 

“Pada kira-kira jam 4.30 petang 12 Feb, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menjalankan operasi di Kampung Sri Kenangan, Sepanggar,” katanya dalam kenyataan, Jumaat.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa sebelum itu dilihat berlari keluar dari sebuah rumah dalam keadaan tertekan sebelum diheret masuk semula oleh seorang lelaki.

Susulan operasi itu, suspek utama ditahan di Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth II pada jam 8.10 malam, manakala seorang lagi suspek berusia 19 tahun ditahan di sebuah unit kediaman di Taman Seri Maju Apartment, Sepanggar pada jam 10.30 malam hari sama.

Polis turut merampas beberapa barangan dipercayai berkaitan kes termasuk telefon bimbit, pakaian dan sebuah Nissan X-Trail berwarna emas. 

Kedua-dua suspek direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here