Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Badak tumbangkan PDRM
Published on: Tuesday, February 10, 2026
Published on: Tue, Feb 10, 2026
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Badak tumbangkan PDRM
DANE Ingham (kiri) menjaringkan gol menakjubkan menentang PDRM FC.
Kota Kinabalu: Sabah FC meraih kemenangan meyakinkan 2-0 ke atas PDRM FC dalam aksi suku akhir pertama Piala Cabaran MFL di Stadium Likas, malam Ahad.

Pasukan tuan rumah hampir dibolosi pada minit kelima namun penjaga gol Damien Lim wajar diberi pujian selepas melakukan satu aksi menyelamat yang baik untuk menafikan percubaan jarak jauh Fakhrul Azim.

Advertisement
Selepas permulaan yang agak gugup, pasukan mula kembali tenang dan Fergus Tierney terlepas sekurang-kurangnya empat peluang jaringan untuk meletakkan Sabah FC di hadapan pada separuh masa pertama.

Jaringan pembukaan hanya hadir pada minit ke-53 apabila Dane Ingham meledak gol menerusi sepakan voli sekali sentuh hasil hantaran jauh daripada pemain import baharu, Ernesto Amantegui Phumipha.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Fergus kemudian menebus kegagalan awalnya dengan jaringan jarak dekat lima minit selepas itu untuk memastikan Sabah FC mendahului 2-0.

Sabah FC hampir menambah satu lagi gol namun Darren Lok yang mengambil sendiri sepakan penalti selepas dijatuhkan dalam kotak penalti pada minit ke-73 menyaksikan percubaannya diselamatkan penjaga gol PDRM Nor Hakeem Hamidun.

Advertisement
Alto Linus.Jurulatih pemangku Sabah FC Alto Linus melahirkan rasa bangga terhadap aksi pemain-pemainnya walaupun pengakui pasukan sedikit lesu menjelang perlawanan tersebut.

“Kami tidak bermula dengan baik pada separuh masa pertama. Persiapan kami sedikit terganggu selepas perlawanan terakhir menentang Melaka FC.

Advertisement
“Tiada perlawanan persahabatan untuk pasukan sepanjang rehat dua minggu manakala PDRM sempat beraksi menentang Kuala Lumpur FC sebelum datang ke sini tetapi pujian harus diberikan kepada pemain kerana berjaya memenangi perlawanan malam ini,” katanya.

Beliau turut mengulas prestasi pemain import baharu dan mengakui cabaran yang dihadapi mereka.

“Kami tahu bukan mudah untuk mereka menyesuaikan diri dengan cepat selepas baru tiba dari negara masing-masing.

“Adalah penting untuk kami memberikan sokongan yang diperlukan bagi membantu mereka mengatasi perbezaan zon waktu dan menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di sini namun secara keseluruhan mereka bekerja keras dan cuba membantu pasukan,” katanya.

Beliau turut menyeru peningkatan prestasi daripada semua pemain menjelang perlawanan timbal balik yang dijadualkan berlangsung pada 15 Februari ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here