Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Badak masih belum temui kemenangan
Published on: Tuesday, October 28, 2025
Published on: Tue, Oct 28, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Badak masih belum temui kemenangan
CIFUENTES (jersi biru) merebut bola daripada dua pemain Imigresen FC semasa perlawanan pada Ahad.
Kota Kinabalu: Sabah FC sekali lagi terlepas peluang untuk mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Super musim ini selepas diikat 2-2 oleh Immigration FC (IFC) di Stadium Batu Kawan, pada Ahad.

Harapan untuk memperoleh kemenangan mudah ke atas pasukan tercorot itu lenyap apabila tuan rumah membuat kejutan dengan mendahului satu gol pada separuh masa pertama.

Advertisement
Ironinya, jaringan itu disumbangkan oleh bekas pemain Sabah Joao Pedro yang dipinjamkan oleh pengurusan musim lalu meskipun memiliki rekod cemerlang menjaringkan tujuh gol daripada sembilan penampilan.

Pemain import dari Brazil itu yang tidak dikawal menolak bola ke gawang menggunakan kaki kiri untuk menewaskan penjaga gol Damien Lim pada minit ke-27.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sabah FC hampir ketinggalan dua gol selepas itu namun percubaan Wilmar Jordan sekadar menggegarkan palang.

Permulaan agresif Sabah FC pada separuh masa kedua membuahkan hasil apabila Stuart Wilkin menyamakan kedudukan selepas menyambar bola muntah di dalam kotak penalti. 

Advertisement
Gol itu berpunca daripada cubaan awal Jafri Chew yang terkena pertahanan selepas sepakan Fergus Tierney terlebih dahulu mengenai palang.

Miguel Cifuentes kemudian meledak dari jarak dekat untuk meletakkan Sabah FC di depan pada minit ke-53, namun kelekaan pertahanan pada minit ke-77 membolehkan Eduardo Sosa menjaringkan gol kedua pasukannya.

Advertisement
Sabah FC menyangka mereka berjaya meraih kemenangan pada penghujung perlawanan, namun jaringan Ajdin Mujagic dibatalkan selepas semakan VAR mendapati dia berada dalam kedudukan offside.

Ketua jurulatih Jean Paul de Marigny mengakui pemainnya bermula dengan perlahan sehingga membenarkan pihak lawan menguasai permainan pada babak pertama.

“Saya rasa kami memulakan permainan sedikit perlahan berbanding yang sepatutnya. 

“Pemain sedar akan perkara itu dan tahu mereka perlu lebih agresif pada separuh masa kedua serta berani mengawal bola.

“Saya sangat berbangga dengan reaksi mereka dan kedua-dua gol itu adalah hasil gerakan yang kami telah latih sepanjang beberapa minggu kebelakangan ini,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here