Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Kerosakan paip air bawah tanah perlu tindakan segera
Published on: Thursday, February 05, 2026
Published on: Thu, Feb 05, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Kerosakan paip air bawah  tanah perlu tindakan segera
WAKIL Pejabat Parlimen Sandakan melakukan tinjauan keadaan semasa struktur konkrit bahagian bawah paip air di kawasan Taman Mutiara, Batu 3 Setengah Jalan Utara.
SANDAKAN: Kerosakan paip air bawah tanah bukan sahaja menyebabkan bekalan air tidak stabil malah berpotensi menjejaskan struktur jalan raya serta keselamatan awam. 

Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee berkata pihak berkaitan perlu mengenal pasti punca masalah itu dengan kadar segera seterusnya melaksanakan kerja-kerja pembaikan secara menyeluruh. 

Advertisement
Vivian berpendapat ia bagi memastikan sistem bekalan air kembali beroperasi seperti biasa kepada pengguna di Sandakan.

“Kita juga menerima beberapa aduan awam berkenaan masalah paip air bawah tanah pecah serta bekalan air yang tidak stabil di Sandakan antaranya kawasan Batu 3 dan Jalan Utara. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan masalah ini terus menjejaskan kegunaan air harian peniaga dan penduduk setempat.

“Isu infrastruktur asas tidak wajar di lengahkan khususnya apabila melibatkan sistem bekalan air yang memberi kesan langsung kepada kehidupan komuniti dan aktiviti perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. 

Advertisement
Jelasnya pihak berkuasa perlu meningkatkan kecekapan dalam menangani isu terbabit serta memperkukuh pemantauan selepas kerja pembaikan selesai bagi mengelakkan masalah sama berulang.

Terdahulu pihaknya telah meninjau keadaan semasa struktur konkrit bahagian bawah paip air di kawasan Taman Mutiara, Batu 3 Setengah Jalan Utara yang dikhuatiri tidak lagi mampu menampung beban hakisan tanah sekali gus menimbulkan risiko runtuhan lanjutan serta kebimbangan keselamatan penduduk. 

Advertisement
Pihaknya juga telah menghubungi Jabatan Air, Jabatan Kerja Raya (JKR) serta unit teknikal cerun berkaitan untuk menjalankan penilaian bersama dengan segera bagi mengenal pasti punca hakisan tanah dan melaksanakan langkah pembaikan serta pengukuhan yang bersesuaian bagi menyelesaikan masalah secara menyeluruh.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here