Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Pasar Dinihari bakal dipindah ke lokasi baharu
Published on: Thursday, February 05, 2026
Published on: Thu, Feb 05, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Pasar Dinihari bakal dipindah ke lokasi baharu
Walter berkata langkah memindahkan Pasar Dinihari merupakan sebahagian daripada usaha merasionalisasi serta menstruktur semula guna tanah di Pusat Bandar Sandakan agar lebih teratur dan selesa selain mengelakkan konflik.
SANDAKAN: Isu Pasar Dinihari yang beroperasi di tapak parkir Pasar Umum Sandakan akhirnya menemui penyelesaian apabila bakal dipindahkan ke Pasar Borong Bandar Ramai-Ramai.

Keputusan itu bagaimanapun mencetuskan pelbagai reaksi daripada peniaga, orang awam serta wakil rakyat yang hadir dalam sesi taklimat dan libat urus berhubung perpindahan penjaja dan pemborong Pasar Dinihari ke lokasi baharu tersebut di Dewan Masyarakat pada Rabu. 

Advertisement
Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Walter Kenson berkata langkah memindahkan Pasar Dinihari merupakan sebahagian daripada usaha merasionalisasi serta menstruktur semula guna tanah di Pusat Bandar Sandakan agar lebih teratur dan selesa selain mengelakkan konflik.

Menurutnya Pasar Dinihari itu pada asalnya hanya dibenarkan beroperasi secara sementara pada tahun 2018 namun telah berkembang menjadi pasar borong dan runcit bagi sayur-sayuran serta buah-buahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pelbagai isu timbul termasuk aspek kekemasan, kebersihan serta kesesakan lalu lintas. 

“Operasi yang sepatutnya dari jam 9 malam hingga 6 pagi juga telah beransur menjadi pasar biasa sekali gus menjejaskan penggunaan parkir awam Pasar Umum Sandakan,” katanya.

Advertisement
Beliau menjelaskan keadaan itu menyumbang kepada masalah kesesakan lalu lintas termasuk laluan bas pelancong khususnya bagi hotel yang beroperasi di kawasan berkenaan selain menjejaskan pendapatan peniaga di Pasar Umum Sandakan.

Sehubungan itu MPS bercadang memindahkan Pasar Dinihari ke Pasar Borong Bandar Ramai-Ramai yang disediakan dengan kemudahan asas lebih lengkap serta kawasan parkir yang lebih luas bagi memastikan operasi lebih teratur.

Advertisement
Walter berkata keputusan berhubung perpindahan tersebut menerima pandangan bercampur daripada peniaga namun MPS perlu membuat keputusan berdasarkan undang-undang, garis panduan sedia ada serta keperluan semasa bagi menangani isu kesesakan dan kekotoran.

“Di Pasar Borong Bandar Ramai-Ramai kita akan sediakan kemudahan yang lebih baik serta beberapa insentif menarik antaranya yuran penjaja yang lebih rendah dan tempoh operasi yang lebih panjang,” jelasnya.

Katanya operasi borong akan dibenarkan dari jam 9 malam hingga 9 pagi manakala peniaga runcit boleh berniaga sehingga tengah hari. 

Antara kemudahan yang disediakan termasuk meja niaga, lampu, kipas, tandas awam, tong sampah serta ruang menurunkan logistik yang lebih luas.

Beliau turut memaklumkan selepas mengambil kira pandangan penjaja dan wakil rakyat tempoh perpindahan dilanjutkan daripada 28 Februari kepada 1 Mei 2026 iaitu selepas sambutan Hari Raya dengan operasi di tapak lama akan ditamatkan pada 30 April.

Jelasnya lagi Pasar Dinihari ketika ini diuruskan oleh pengendali namun selepas perpindahan keseluruhan pengurusan akan dilaksanakan di bawah seliaan MPS.

“Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha penambahbaikan pasar dan tamu di Sandakan ke arah lebih tersusun serta bertujuan menampilkan imej bandar yang bersih dan mesra pelancong,” katanya.

Berdasarkan data Pasar Dinihari terdapat seramai 132 peniaga aktif beroperasi namun hanya 83 peniaga layak untuk berpindah iaitu peruncit dan pemborong sayur-sayuran serta buah-buahan yang merupakan warganegara Malaysia.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here