Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
RM4.812 juta bantu 32,080 murid di Keningau
Published on: Tuesday, February 03, 2026
Published on: Tue, Feb 03, 2026
By: Ethan Ryan
Text Size:
Text:
RM4.812 juta bantu 32,080 murid di Keningau
ARTHUR bergambar bersama warga pendidik dan pelajar yang menerima bantuan berkenaan.
SOOK: Sejumlah RM4.812 juta telah diperuntukkan kepada semua murid warganegara di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Keningau menerusi pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Inisiatif berkenaan memberi manfaat kepada 32,080 orang murid melibatkan 84 buah sekolah rendah dan menengah sekali gus meringankan beban kewangan ibu bapa serta penjaga dalam membuat persiapan awal persekolahan.

Advertisement
Penyampaian bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sook Datuk Seri Athur Joseph Kurup dalam satu majlis penyampaian yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sook.

Beliau berkata pelaksanaan BAP mencerminkan keprihatinan dan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kebajikan murid terus terbela khususnya dalam membantu keluarga membuat persiapan awal persekolahan anak-anak.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ini merupakan manifestasi komitmen kerajaan dalam membantu pelajar sekolah meringankan beban kewangan.

“Peningkatan bantuan ini juga menunjukkan ekonomi negara yang semakin berkembang apabila kadar bantuan dinaikkan kepada RM150 bagi setiap pelajar warganegara Malaysia,” katanya.

Advertisement
Sementara itu salah seorang penerima bantuan Angela Aviana Vitus berkata bantuan berkenaan sedikit sebanyak membantu meringankan beban kewangan keluarganya.

“Melalui bantuan ini saya dapat membeli barangan persekolahan seperti peralatan sekolah dan buku rujukan untuk pembelajaran,” ujarnya.

Advertisement
Seorang lagi penerima Masrina Nikolos turut menzahirkan rasa syukur kerana bantuan tersebut dapat membantu ibu bapanya membeli keperluan persekolahan.

“Saya bersyukur kerana bantuan ini dapat mengurangkan beban kewangan ibu bapa saya untuk membeli peralatan sekolah dan keperluan lain,” katanya.

Bryan Elijah David pula menyatakan bantuan awal persekolahan terbabit memberi motivasi kepada dirinya untuk lebih bersemangat memulakan sesi pembelajaran.

“Saya sangat gembira kerana dapat membeli peralatan yang membantu dalam pembelajaran. 

“Terima kasih kepada Kerajaan Madani kerana menyediakan bantuan awal persekolahan ini,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here