BEAUFORT: Sebanyak 11 kompaun dikeluarkan dalam satu operasi bersepadu dijalankan oleh Kementerian Pengguna dalam Negeri (KPDN) dan Kementerian Kesihatan di daerah ini pada Rabu.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Cawangan Julie Julhani pada berkata seluruh premis di kawasan pekan telah diperiksa semasa operasi tersebut.
Operasi bersepadu itu, yang dijalankankan di kawasan Lo Chung Park, melibatkan tujuh penguatkuasa yang memeriksa pematuhan harga barang keperluan asas dan penggunaan alat tumbang dan sukat oleh peniaga.
KPDN mengeluarkan tiga kompaun di bawah Akta Kawalan Harga Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 dan Akta Timbang dan Sukat (ATS) 1972 manakala Pejabat Kesihatan mengeluarkan lapan kompaun.
Julie berkata operasi bersepadu itu akan diteruskan bagi melindungi kepentingan pengguna dan KPDN tidak akan bertolak ansur dalam perkara ini.
Penguatkuasa Kesihatan berkata antara premis yang dikeluarkan kompaun ialah satu kedai makan yang menerima tiga notis di bawah Peraturan 33(1)(a) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan kerana pengendali makanan berkuku panjang.
Sebuah lagi kedai makan dikeluarkan dua notis di bawah Peraturan 32(1)(b) PPKM 2009. Kesalahan termasuk pengendali makanan tidak memakai kasut semasa mengendali makanan dan di bawah Peraturan 33(1)(f) PPKM 2009, kesalahan memakai perhiasan tangan semasa mengendali makanan.
Kedai makan ketiga dikeluarkan tiga notis di bawah Peraturan 33(1)(a) PPKM 2009 kerana pengandali makanan berkuku panjang.