Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Lelaki ditahan bersama 38 botol air ketum
Published on: Friday, January 30, 2026
Published on: Fri, Jan 30, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Lelaki ditahan bersama 38 botol air ketum
ANTARA air ketum yang dirampas pasukan polis dalam serbuan.
KOTA BELUD: Seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan dalam serbuan di Kampung Keguraan pada Selasa lalu selepas disyaki terlibat kegiatan memproses dan menjual air ketum.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata serbuan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud dilaksanakan pada jam 11 pagi.

Advertisement
“Tangkapan itu dijalankan hasil maklumat orang awam dan risikan yang dijalankan.

“Pihak polis menemui 38 botol air rebusan daun ketum dengan anggaran isi padu 57 liter bernilai RM950 dan merampas kesemuanya untuk membantu siasatan,

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Turut dirampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk merebus air ketum berkenaan,” katanya.

Shahrudin menyatakan suspek disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang mana jika disabit kesalahan lelaki berkenaan boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Advertisement
Sehubungan itu pihak polis menegaskan terhadap individu yang terlibat memproses, menjual, membeli dan menggunakan ketum untuk segera berhenti daripada menjalankan aktiviti tidak bermoral.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here