Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
‘Kelewatan pelaksanaan hak 40 peratus beri implikasi politik’
Published on: Friday, January 30, 2026
Published on: Fri, Jan 30, 2026
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
‘Kelewatan pelaksanaan hak 40 peratus beri implikasi politik’
Dr Marcus mengulas kemajuan pengembalian hak 40 peratus hasil bersih Sabah oleh Kerajaan Persekutuan susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu tahun lalu yang mengarahkan Putrajaya membayar hasil berkenaan kepada Sabah.
Kota Kinabalu: Bekas Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr Marcus M. Mojigoh, memberi peringatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa kelewatan berterusan dalam pelaksanaan hak Sabah ke atas 40 peratus hasil bersih boleh memberi implikasi politik pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata rakyat Sabah, khususnya di kawasan luar bandar, sudah serik mendengar alasan dan pelbagai justifikasi, termasuk penubuhan jawatankuasa khas oleh kerajaan silih berganti, sebagai sebahagian daripada proses berkaitan tuntutan 40 peratus hasil bersih Sabah.

Advertisement
“Kerajaan Persekutuan mesti menghormati dan mematuhi keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada Nov tahun lalu, yang mengarahkan Putrajaya membayar kepada Sabah 40 peratus hak hasil dikutip di negeri ini.

“Namun, berdasarkan tindakan setakat ini, Sabah dilihat seolah-olah tidak dihormati dan tidak diberi pertimbangan sewajarnya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kemajuan perlahan ini telah mencetuskan kekecewaan yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Sabah dan keadaan ini berkemungkinan dizahirkan dalam Pilihan Raya Umum akan datang di peringkat Parlimen,” katanya.

Dr Marcus mengulas kemajuan pengembalian hak 40 peratus hasil bersih Sabah oleh Kerajaan Persekutuan susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu tahun lalu yang mengarahkan Putrajaya membayar hasil berkenaan kepada Sabah.

Advertisement
Menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), beliau berkata Perdana Menteri (PMX), Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah berikrar untuk menghormati dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam tempoh beberapa bulan.

Bagaimanapun, beliau kecewa terhadap keputusan Anwar untuk merayu terhadap alasan penghakiman bagi keputusan itu, selain kenyataan Perdana Menteri bahawa hak 40 peratus Sabah telah pun dibayar. 

Advertisement
Dr Marcus, yang juga Ketua Bahagian Upko Putatan, berkata Mahkamah Tinggi turut mengarahkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah berunding mengenai pembayaran tersebut dalam tempoh 180 hari daripada tarikh keputusan, namun sehingga kini tiada hasil konkrit diumumkan.

“Ini akan mempengaruhi tahap sokongan rakyat dalam pilihan raya akan datang. Rakyat Sabah akan membuat keputusan,” katanya, memberi peringatan bahawa kelewatan berterusan dalam pelaksanaan keputusan itu tidak akan dilupakan oleh pengundi Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here