Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Papar tuan rumah pelancaran Pesta Kaamatan
Published on: Thursday, January 29, 2026
Published on: Thu, Jan 29, 2026
Text Size:
Text:
Papar tuan rumah pelancaran Pesta Kaamatan
Dr Joachim berkata Pesta Kaamatan merupakan platform penting dalam memelihara warisan kebudayaan Sabah serta memperkukuh perpaduan dan semangat kemasyarakatan di seluruh negeri.
Kota Kinabalu: Papar dipilih sebagai tuan rumah pelancaran Pesta Kaamatan peringkat Sabah 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 1 Mei depan.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Pertama Pesta Kaamatan Negeri 2026 yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti (KKRU) Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam pada Selasa.

Advertisement
Mesyuarat berkenaan membincangkan persiapan serta perancangan awal bagi sambutan kebudayaan tahunan terbesar negeri itu yang diadakan sepanjang Mei.

Dr Joachim berkata Pesta Kaamatan merupakan platform penting dalam memelihara warisan kebudayaan Sabah serta memperkukuh perpaduan dan semangat kemasyarakatan di seluruh negeri.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya Kaamatan menekankan nilai kebersamaan selain usaha memelihara adat resam dan tradisi yang diwarisi turun-temurun.

Beliau menyatakan perayaan itu bukan sahaja meraikan musim menuai malah menjadi simbol keharmonian serta kepelbagaian budaya Sabah yang kaya dan terus dipertahankan oleh rakyatnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here