Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
‘Rumah dua negara’  di Pulau Sebatik bukan lagi tarikan pelancongan Malaysia
Published on: Thursday, January 29, 2026
Published on: Thu, Jan 29, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
‘Rumah dua negara’  di Pulau Sebatik bukan lagi tarikan pelancongan Malaysia
TAWAU: ‘Rumah dua negara’ yang terkenal sebagai antara tarikan pelancong di Sungai Haji Kuning, Pulau Sebatik dalam wilayah Malaysia, kini bukan lagi menjadi tarikan pelancongan bagi negara ini.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy mengesahkan perkara itu berikutan persempadanan baharu antara Malaysia-Indonesia yang dibincangkan secara rasmi antara kedua-dua negara.

Advertisement
Menurutnya, lokasi rumah dua negara tersebut disahkan sepenuhnya berada di kawasan Indonesia mengikut persempadanan baharu, sekali gus tidak lagi menjadi tarikan pelancongan bagi Malaysia.

Katanya, Malaysia kini hanya memiliki kemudahan jeti (pangkalan) di kawasan tersebut (Sungai Haji Kuning), serta beberapa kawasan lain seperti Sungai Melayu dan Serudong, hasil persempadanan berkenaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, persempadanan tersebut dibuat berdasarkan persetujuan bersama, termasuk menggunakan kemudahan teknologi serta perjanjian yang dipersetujui oleh kedua-dua negara berjiran.

“Hasil daripada persempadanan itu, terdapat kawasan yang diperoleh Malaysia dan ada juga kawasan yang terlepas kepada Indonesia, antaranya  Kampung Sungai Haji Kuning di Pulau Sebatik, yang kini keseluruhannya berada dalam wilayah Indonesia,” katanya.

Advertisement
Menyentuh soal kerakyatan pula, Andi menyatakan beliau dimaklumkan bahawa penduduk di beberapa kampung yang terlibat diberikan pilihan sama ada untuk memohon kewarganegaraan Malaysia atau kekal sebagai warganegara Indonesia.

Ini kerana, katanya, undang-undang Malaysia jelas tidak membenarkan pemilikan dwikewarganegaraan dan keputusan tersebut bergantung sepenuhnya kepada penduduk terlibat, namun sudah pasti tertakluk kepada prosedur yang ditetapkan.

Advertisement
Secara keseluruhan, beliau berkata persempadanan jelas dianggap penting bagi membolehkan pembangunan kawasan yang sah milik negara dapat dilaksanakan dengan lebih terancang, di samping memperkukuh kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia–Indonesia.

Dalam pada itu, Andi berharap pembinaan tiga pos kawalan baharu yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan tahun ini dapat dilaksanakan segera bagi memperkukuhkan lagi  kawalan keselamatan sempadan.

Beliau berkata, perkara itu penting, khususnya dalam membanteras penyeludupan gas dan barangan kawalan yang masih berlaku walaupun pelbagai inisiatif diambil sebelum ini, apatah lagi masih ada rakyat Malaysia di Pulau Sebatik (Malaysia) berdepan isu bekalan tong gas tidak mencukupi.

Pada masa sama, beliau meminta penduduk di kawasan sempadan supaya sentiasa mendapatkan maklumat sahih dan terkini, susulan perkembangan isu persempadanan baharu itu bagi mengelakkan kekeliruan yang boleh merugikan negara dan masyarakat setempat.

Sehubungan itu, beliau yakin kerajaan akan membuat keputusan terbaik bagi menjamin kedaulatan sempadan dan keselamatan negara serta memastikan kepentingan rakyat di kawasan sempadan sentiasa terpelihara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here