Kota Kinabalu: Persatuan Karate Sabah (SKA) akan menghantar pasukan untuk beraksi pada edisi pertama Kejohanan Karate Kata B-14, Kadet, Remaja dan Senior Kebangsaan yang akan berlangsung di Pusat Latihan Karate Bukit Jalil.
Setiausaha Agung SKA Julian Chin berkata pasukan yang diketuai Grace Tiwon sebagai pengurus pasukan dengan Farlin Frederick dan Clevelence Carlos sebagai jurulatih itu akan dibarisi 11 wanita dan lapan lelaki.
Advertisement

Atlet yang bertanding dalam acara individu ialah Habib Luthfi Habib Taha (B-14 lelaki);
Aunie Qaisara Mohd Nazri (B-14 perempuan);Danish Rayyan Rajis (kadet lelaki); Nur Ain Humairah Abdul Rahman, Zoe Moniesha Marius, Sierra Dyanne Lorimer (kadet perempuan); Adlin Vince Viceroy, Ryyen Ryye Gerrard Rojin, Al Zovainz Zurizal (junior lelaki), Nur Rsyiqah Fariah Razmi, Siti Nur Zawiyah Zainal Abidin (junior perempuan); Adlin Vince Viceroy, Ryyen Ryye Gerrard Rojin, Al Zovainz Zurizal (kadet & remaja lelaki); Mohd Haznil Henry, Mukhriz Mazlan, Alvince Bin Zurizal (individu senior lelaki); Audrey Adreana Baking, Lovelly Anne Robberth, Niathalia Sherawinnie Yampil, Naccy Nelly Evvaferra Rojin, Ivy Olivera Donny (individu senior wanita).
Bertanding dalam acara berpasukan ialah Adlin Vince Viceroy, Ryyen Ryye Gerrard Rojin, Al Zovainz Zurizal (kadet & remaja berpasukan lelaki); Zoe Moniesha Marius, Sierra Dyanne Lorimer and Siti Nur Zawiyah Zainal Abidin (kadet & remaja berpasukan perempuan); Mohd Haznil Henry, Mukhriz Mazlan dan Alvince Zurizal (senior lelaki berpasukan); Niathalia Sherawinnie Ak Yampil, Naccy Nelly Evvaferra Rojin dan Ivy Olivera Donny (senior wanita berpasukan).
Chin turut menyuarakan keyakinannya terhadap persiapan pasukan.
“Tiada sasaran yang ditetapkan untuk atlet. Kesemua mereka membuat persiapan rapi di sini kecuali Haznil, Alvince, Mukhriz, Lovelly, Niathalia, Ivy dan Naccy yang berpangkalan di Bukit Jalil.
“Kami hanya mengharapkan mereka melakukan yang terbaik dalam pertandingan itu dan diharapkan ia akan menjadi platform kepada beberapa atlet muda dalam menimba pengalaman berharga,” katanya.