Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Surat ‘privasi’ antara barangan milik Zara
Published on: Wednesday, January 28, 2026
Published on: Wed, Jan 28, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Surat ‘privasi’ antara barangan milik Zara
PEGUAM Shahlan Jufri ketika memberi taklimat kepada media berhubung prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu.
Kota Kinabalu: Sepucuk surat yang digambarkan sebagai “surat privasi” adalah antara barangan milik Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang diterima oleh seorang pelajar demikian diberitahu Mahkamah Koroner.

Peguam Shahlan Jufri ketika memberi taklimat kepada media pada Selasa berkata saksi kanak-kanak itu memberi keterangan bahawa selain surat privasi berkenaan dia turut menerima sebuah rantai kunci serta beberapa helai kertas.

Advertisement
“Deponden menyatakan semua barangan itu diterima daripada salah seorang rakan Zara. Barangan tersebut diserahkan oleh Zara melalui pihak ketiga yang menghantarkannya kepada deponden.

“Dia juga menyatakan terdapat beberapa surat dan kertas sebahagiannya diterima sebelum kejadian manakala selebihnya diterima selepas kejadian,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Shahlan apabila disoal mengenai satu surat yang ditandakan sebagai surat peribadi, deponden tidak dapat mengingati siapa yang memberikannya atau sama ada ia diterima sebelum atau selepas kejadian.

Deponden turut menjelaskan bahawa selepas menerima barangan berkenaan dia mengumpulkannya dan memasukkannya ke dalam sebuah beg plastik putih sebelum menyerahkannya kepada Ustazah Syukriah untuk simpanan sementara. Namun apabila dia berhasrat mengambil semula barangan itu ia telah diserahkan kepada pihak polis.

Advertisement
Shahlan berkata deponden juga memberi keterangan bahawa dia menerima dua helai kertas daripada individu yang sama dan selepas kejadian, dia menjalani sesi kaunseling di sekolah serta bertemu seorang pakar psikiatri sekali namun tiada jadual kaunseling berkala dimaklumkan kepadanya.

Deponden memberitahu mahkamah bahawa dia memilih untuk tidak menyimpan barangan milik Zara buat sementara waktu kerana berasa tidak selesa, takut dan sedih selepas kejadian apatah lagi dia pernah melihat Zara sebelum insiden itu berlaku.

Advertisement
Menyentuh mengenai keperibadian Zara, deponden menyatakan bahawa berdasarkan pengetahuannya melalui rakan-rakan, Zara merupakan seorang yang sukakan perhatian dan mudah berasa cemburu.

Shahlan memaklumkan bahawa inkues akan bersambung pada Jumaat ini dengan seorang saksi baharu iaitu seorang guru dijadualkan memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here