Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
‘Bukti kerjasama politik strategik mampu bina sokongan kuat’
Published on: Monday, January 26, 2026
Published on: Mon, Jan 26, 2026
Text Size:
Text:
‘Bukti kerjasama politik strategik mampu bina sokongan kuat’
Kota Kinabalu: Pengerusi Umno Sabah Datuk Jafry Ariffin (gambar) menzahirkan penghargaan kepada pengundi atas kepercayaan berterusan yang diberikan kepada Barisan Nasional (BN) untuk mewakili mereka di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah.

“Sokongan kuat rakyat kepada calon BN membuktikan bahawa kerjasama politik strategik mampu membina gelombang sokongan yang kuat dan berkesan,” katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Advertisement
Beliau menepis cubaan pembangkang yang menggambarkan BN sebagai parti berpangkalan di semenanjung, sambil menegaskan bahawa kerjasama gabungan itu dengan parti-parti tempatan telah membentuk Kerajaan Negeri yang stabil serta mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap BN.

Beliau menyifatkan kemenangan berkenaan sebagai penanda aras penting yang membuktikan sokongan pengundi di Kinabatangan dan Lamag kekal teguh bersama BN.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Umno Sabah, sebagai tulang belakang BN di negeri ini, akan memastikan kedua-dua wakil rakyat yang dipilih menunaikan mandat dan tanggungjawab mereka demi kepentingan serta kesejahteraan rakyat di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada beberapa tokoh penting termasuk Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor.

Advertisement
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada jentera Umno dan BN di Sabah, penyokong GRS serta semua parti komponen Kerajaan Perpaduan Sabah termasuk Pakatan Harapan (PH) dan Upko atas peranan penting mereka dalam memastikan kemenangan tersebut. 

Untuk rekod, BN berjaya mempertahankan kedua-dua kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dun Lamag pada pilihan raya kecil yang diadakan Sabtu lalu.

Advertisement
Calon BN Mohd Kurniawan Naim Moktar (Kinabatangan) dan Mohd Ismail Ayob (Lamag) masing-masing berjaya memenangi kerusi mereka sekali gus mengekalkan penguasaan gabungan itu di kedua-dua kawasan berkenaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here