Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Kar Gee hadiahkan emas ke-55
Published on: Monday, January 26, 2026
Published on: Mon, Jan 26, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kar Gee hadiahkan emas ke-55
KAR Gee turut mencatat rekod baharu kejohanan. – Foto Agensi
NAKHON RATCHASIMA: Atlet Wong Kar Gee menghadiahkan pingat emas ke-55 Malaysia menerusi acara Lompat Jauh Lelaki T12 dan turut mencatat rekod baharu pada Sukan Para Asean (APG) 2025 di Thailand. 

Kar Gee membuat lompatan sejauh 6.83 meter (m) pada saingan akhir, mengetepikan rakan senegara Ahmad Zuaiman Shamsuddin yang mencatat 6.35m di tempat kedua, manakala Muhammad Nazri Hazmi Mohan pada kedudukan ketiga dengan lompatan sejauh 6.31m.

Advertisement
“Itu detik yang sungguh istimewa. Saya amat gembira dapat menghadiahkan emas ke-55 kepada Malaysia. Satu yang bermakna apabila kami berjaya mencapai sasaran.

“Perjalanannya bukan mudah, banyak latihan perlu dilalui. Ini pertandingan pertama saya tahun ini dan keputusan yang saya peroleh amat baik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pencapaian pingat itu begitu bermakna buat dirinya selepas berdepan cabaran pada edisi terdahulu di Kemboja 2023, apabila terpaksa bertanding dalam kategori berbeza susulan kekeliruan pengelasan, namun tetap menamatkan saingan pada tempat kedua walaupun mengalami kecederaan.

Kar Gee turut berkongsi sasaran bagi tahun ini untuk mengatasi rekod peribadi sejauh 7.22 meter yang dicatatkan di Beijing pada 2019.

Advertisement
Kontinjen negara menyasarkan keseluruhan 181 pingat termasuk 55 emas, manakala pada edisi Kemboja 2023, Malaysia menamatkan kempen di tempat keempat dengan 50 emas, 38 perak dan 35 gangsa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here