Mon, 30 Mar 2026
Headlines:
Usul ubah naratif buku teks Sejarah. Sabah dan Sarawak sama-sama ‘menubuhkan Malaysia’, bukan ‘menyertai’
Published on: Friday, January 23, 2026
Published on: Fri, Jan 23, 2026
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Usul ubah naratif buku teks Sejarah. Sabah dan Sarawak sama-sama ‘menubuhkan Malaysia’, bukan ‘menyertai’
TAWAU: Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) akan mengemukakan usul supaya naratif “Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia” di dalam buku teks Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) untuk Subjek Sejarah diganti kepada Sabah dan Sarawak “menubuhkan Malaysia” bersama Persekutuan Tanah Melayu (Semenanjung).

Menterinya Datuk James Ratib (gambar) berkata usul itu sudah dibincangkan dengan pengurusan tertinggi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan akan diketengahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Exco Pendidikan Negeri (MEJPN) di Putrajaya pada April kelak.

Advertisement
“Perkara ini akan saya suarakan kepada Menteri Pendidikan merangkap Pengerusi MEJPN untuk penambahbaikan dari segi silibus Sejarah,” katanya menjawab soalan pemberita ketika ditemui di premis Sains Xplore Tawau di sini, pada Khamis.

James menyifatkan perubahan naratif terbabit di dalam buku teks KSSM sebagai sangat penting supaya semua rakyat di negara ini mengingati perkara sebenar yang berlaku dalam sejarah penubuhan Malaysia.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Menurutnya, penyelarasan kandungan silibus untuk Semenanjung dengan Sabah perlu dilakukan secara melibatkan perbincangan bersama antara Kementerian Pendidikan dengan KPSTI dan Jabatan Pendidikan.

“Semua pihak terlibat harus berkolaborasi bersama termasuklah dalam mengenalpasti perkara-perkara yang tertinggal atau terlepas pandang untuk dibuat penambahbaikan dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Advertisement
Tambahnya, usaha memperbaiki naratif “menyertai” yang dikhuatiri mengundang salah-faham itu, juga dapat memastikan aspek penting berkaitan peristiwa sebenar disusun mengikut rekod sejarah yang sahih.

Perkara itu dilihat selaras kelulusan pindaan Artikel (1) (2) Perlembagaan Persekutuan pada Disember 2021 yang mengiktiraf Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi, bukannya sebagai negeri ke-12 atau ke-13 yang bergabung membentuk Malaysia.

Advertisement
Berpandukan pindaan terbabit, negeri-negeri di Semenanjung atau Persekutuan Tanah Melayu dimasukkan ke dalam Kumpulan A, manakala Kumpulan B pula membabitkan negeri-negeri Borneo – Sabah dan Sarawak.

Pembahagian kumpulan itu dikatakan secara simbolik mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai entiti yang membentuk Malaysia, bukan sekadar negeri yang menyertai Persekutuan yang sudah sedia ada.

Pada masa sama, subjek Sejarah menarik perhatian apabila menjadi salah satu daripada dua subjek wajib yang ditekankan, selain Bahasa Melayu, dalam peluncuran Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 baru-baru ini oleh Perdana Menteri, supaya mematuhi standard Kurikulum Kebangsaan ke arah memperkasakan jati diri pelajar. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here