Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
22 kompaun dikeluarkan terhadap pengusaha makanan ingkar syarat kebersihan
Published on: Friday, January 23, 2026
Published on: Fri, Jan 23, 2026
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
22 kompaun dikeluarkan terhadap pengusaha makanan ingkar syarat kebersihan
PERANGKAP gris di dapur diperiksa sebagai sebahagian daripada latihan penggredan melibatkan premis makanan di beberapa kawasan di Kota Kinabalu.
DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memperhebatkan tindakan penguatkuasaan terhadap pengusaha premis makanan yang gagal mematuhi syarat ditetapkan dengan sebanyak 22 kompaun dikeluarkan kepada pesalah di lima lokasi dalam kawasan penarafannya baru-baru ini.

Jurucakap Jabatan Kesihatan Persekitaran DBKK berkata sebahagian pengusaha didapati melanggar Undang-Undang Kecil Premis Makanan dan Minuman 1966 DBKK.

Advertisement
“Sebahagian lagi melanggar Undang-Undang Kecil Anti-Sampah 1984 (Pindaan 2005),” katanya.

DBKK mahu pengusaha makanan memperoleh penarafan minimum empat bintang bagi tandas di premis mereka.Menurutnya kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Premis Makanan dan Minuman melibatkan pekerja yang tidak memiliki kad pengendali makanan dan sijil kesihatan yang sah selain perangkap gris (grease trap) dapur yang tidak diselenggara dengan betul.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Anti-Sampah pula pengusaha didapati membuang sisa makanan termasuk minyak dan lemak ke dalam longkang awam berhampiran bangunan masing-masing.

“Perbuatan tidak bertanggungjawab ini menyebabkan kawasan awam termasuk laluan kaki lima di luar premis menjadi kotor,” ujarnya.

Advertisement
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah keseluruhan denda yang dikenakan sambil memaklumkan kompaun sehingga RM500 boleh dikenakan mengikut Undang-Undang Kecil Premis Makanan dan Minuman serta Undang-Undang Kecil Anti-Sampah DBKK.

“Undang-Undang Kecil Anti-Sampah turut membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pesalah berulang. Jika disabitkan di mahkamah mereka boleh dikenakan denda sehingga RM10,000,” tegasnya.

Advertisement
Menurut jurucakap itu pemeriksaan dilakukan secara berperingkat dari 5 hingga 16 Januari sebagai sebahagian usaha menilai tahap kebersihan premis makanan di sekitar Kota Kinabalu, Tanjung Aru, Damai, Manggatal dan Sepanggar.

PEGAWAI Kesihatan Persekitaran  DBKK menasihati pekerja sebuah  premis makanan mengenai pembuangan cecair ke laluan kaki lima“Seramai 12 anggota daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah memeriksa 50 premis dalam tempoh dua minggu ini. 

“10 premis menerima gred ‘A’ manakala selebihnya memperoleh gred ‘B’,” tambahnya.

Sejak 2014 DBKK menggunakan Sistem Penggredan Premis Makanan (FPGS) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menilai tahap kebersihan premis makanan di kawasan penarafannya.

Pemilik premis diberikan markah berdasarkan pematuhan kepada kriteria dalam tujuh kategori berasingan yang ditetapkan dalam helaian skor penggredan.

Di bawah FPGS gred ‘A’ iaitu antara 86 hingga 100 peratus daripada jumlah markah menunjukkan premis “amat bersih” manakala gred ‘D’ iaitu 50 peratus atau ke bawah dikategorikan sebagai “tidak bersih”.

“Premis yang memperoleh markah antara 71 hingga 85 peratus pula diklasifikasikan sebagai ‘bersih’ selaras dengan garis panduan kementerian,” katanya.

Beliau menggesa pengusaha makanan supaya meningkatkan tahap kebersihan premis masing-masing serta memastikan keselamatan makanan yang disajikan kepada pelanggan.

Menurutnya lagi DBKK turut mengemas kini syarat lesen premis makanan dengan memasukan keperluan kawalan makhluk perosak dan kebersihan tandas di premis sekitar ibu negeri.

SEORANG pegawai kesihatan DBKK menerangkan sistem penggredan kepada pemilik sebuah kedai kopi.“Kerja-kerja kawalan perosak perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan dan tiada kesan kehadiran tikus, lipas atau lalat dibenarkan di dalam premis.

“Selain itu pengusaha mesti mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus markah di bawah FPGS dan penarafan minimum empat bintang bagi tandas di premis mereka,” ujarnya.

DBKK juga mengguna pakai Sistem Penarafan Bintang (Star Rating, SR) kementerian bagi menilai kebersihan tandas di tempat awam dalam kawasan penarafannya. Markah diberikan berdasarkan pematuhan kepada kriteria dalam enam kategori berasingan.

Di bawah sistem SR penarafan lima bintang iaitu antara 91 hingga 100 peratus menandakan tandas “amat bersih” manakala sifar bintang iaitu 50 peratus atau ke bawah dikategorikan sebagai “kotor”.

Jurucakap itu berharap pengusaha premis makanan sekurang-kurangnya dapat mengekalkan pencapaian 81 hingga 90 peratus markah.

“Ini membolehkan mereka memperoleh penarafan empat bintang yang menunjukan tandas adalah ‘bersih’. 

“Sebelum ini kementerian mensasarkan tandas di seluruh negara mencapai penarafan tiga bintang namun sasaran itu dinaikan kepada empat bintang pada tahun 2022,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here