Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Inkues kes Zara temui bukti baharu
Published on: Thursday, January 22, 2026
Published on: Thu, Jan 22, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Inkues kes Zara temui bukti baharu
Kota Kinabalu: Satu bukti baharu muncul dalam inkues kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir susulan keterangan Ketua Warden SMKA Tun Datu Mustapha, Ustaz Azhari Abd Sagap.

Bukti tersebut ialah sekeping kertas bertulis mengenai Zara yang ditemui selepas program gotong-royong sekolah yang diadakan sebelum kejadian. 

Advertisement
Azhari mendedahkan penemuan itu semasa dipanggil semula untuk memberi keterangan pada sambungan inkues pada Rabu.

Menurut Azhari pelajar D menyerahkan kertas berkenaan secara peribadi kepadanya. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Kertas itu ditemui tergantung pada pagar koridor selepas gotong-royong. Kandungan tulisan pada kertas berbunyi:

“Zara Qai A35 sok badar terpaling mau jaga form 1 solat, tau la mau jadi badar...bodoh..lepas tu alasan kak Dayang suruh.”

Advertisement
Azhari memberitahu koroner bahawa beliau menyerahkan kertas tersebut kepada pihak polis seminggu selepas menerimanya daripada pelajar.

Susulan pendedahan ini Koroner Amir Shah Amir Hassan menangguhkan prosiding inkuiri lebih awal pada jam 4.15 petang dengan harapan ini adalah ‘kejutan’ terakhir.

Advertisement
“Saya belum membaca laporan…pastikan tiada lagi kejutan…sediakan semua dokumen supaya semua orang boleh membacanya,” kata beliau.

Sebelum ini Azhari dalam keterangannya memberitahu koroner bahawa beliau tidak mengetahui kewujudan kenyataan bertulis pelajar susulan siasatan dalaman yang dijalankan oleh Unit Disiplin dan hanya mengetahuinya semasa inkues pada Rabu.

Bagaimanapun bagi kenyataan bertulis lima orang pelajar Azhari memperolehnya melalui Ustazah Syahadah melalui WhatsApp.

Inkuiri kes ini masih diteruskan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here