Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Saman terhadap kenderaan lebih muatan meningkat
Published on: Thursday, January 22, 2026
Published on: Thu, Jan 22, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Saman terhadap kenderaan lebih muatan meningkat
HARRIS memeriksa pengguna jalan raya yang melalui Jalan Kuhara dalam operasi terbabit.
TAWAU: Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah Datuk Mohd Harris Ali mendedahkan tindakan diambil terhadap kenderaan lebih muatan di negeri ini menunjukkan peningkatan ketara pada tahun lepas.

Katanya, sebanyak 3,350 notis saman dikeluarkan kepada kenderaan lebih muatan sepanjang 2025 iaitu peningkatan sebanyak 283 peratus berbanding 2024.

Advertisement
Menurutnya, pemantauan terhadap kenderaan berat termasuk lori balak ke kawasan bandar pada waktu puncak akan terus dipertingkatkan agar tindakan lebih menyeluruh khususnya di kawasan panas kemalangan dan laluan yang sering menerima aduan awam.

Katanya JPJ Sabah juga akan menilai semula waktu operasi dan melaksanakan penguatkuasaan secara penyamaran bagi memastikan kenderaan berat mematuhi spesifikasi dan waktu pergerakan yang ditetapkan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita juga akan berbincang dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berwajib di peringkat negeri bagi mengawal pergerakan kenderaan berat, khususnya pada waktu puncak,” katanya.

Bagi menghadapi musim perayaan dan cuti sekolah akan datang Mohd Harris berkata operasi khas akan dilaksanakan.

Advertisement
Ini termasuk penguatkuasaan larangan pergerakan kenderaan berat (total road ban) yang biasanya dikuatkuasakan dua hari sebelum dan dua hari selepas musim perayaan namun tertakluk kepada pewartaan oleh Menteri Pengangkutan.

Tegasnya JPJ Sabah komited untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta mengekalkan persepsi kebarangkalian ditangkap pada tahap tinggi demi pematuhan undang-undang jalan raya.

Advertisement
Mohd Harris bercakap kepada media selepas Operasi Bersepadu JPJ Sabah bersama rakan strategik – Polis Daerah Tawau, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dan Jabatan Pendaftaran Negara di Jalan Kuhara, di sini, pada Selasa malam.

Operasi bermula jam 8 hingga 10 malam itu menyaksikan 271 kenderaan diperiksa dan 22 notis saman dikeluarkan melibatkan tujuh kenderaan manakala tiada sitaan dibuat sepanjang operasi.

Dalam operasi itu, polis mengeluarkan 10 saman manakala JIM menahan empat individu lelaki. Antara kesalahan dikenal pasti termasuk memandu tanpa lesen, lesen memandu tamat tempoh serta cukai jalan tidak sah.

“Ini merupakan kesalahan berulang yang sering dikesan walaupun operasi penguatkuasaan dijalankan secara berterusan. Oleh itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya memastikan lesen memandu dan cukai jalan sentiasa sah,” katanya. 

Dari segi statistik keseluruhan tahun lepas, beliau memberitahu JPJ Sabah memeriksa lebih 576,000 kenderaan sepanjang 2025, meningkat 43 peratus berbanding tahun sebelumnya. Daripada jumlah itu, sebanyak 112,000 saman dikeluarkan, peningkatan 14 peratus berbanding 2024.

Mohd Harris juga berkata JPJ Sabah ketika ini menilai beberapa lokasi strategik bagi pembinaan stesen penguatkuasaan dan sistem timbang termasuk kawasan berhampiran CIQS serta Sapulut-Kalabakan dalam memastikan pemeriksaan optimum.

Selain itu, katanya, pembinaan stesen penguatkuasaan yang dicadangkan di Kota Belud turut diberi perhatian dan akan dibawa di bawah perancangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here