Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Pegawai daerah disaran perkukuh kefahaman tentang bidang kuasa MAN
Published on: Thursday, January 22, 2026
Published on: Thu, Jan 22, 2026
Text Size:
Text:
Pegawai daerah disaran perkukuh kefahaman tentang bidang kuasa MAN
Arifin berkata bengkel berkenaan memberi pendedahan lebih jelas kepada Pegawai Daerah mengenai tanggungjawab serta had kuasa dalam mengendalikan kes di MAN, di samping meningkatkan kemahiran penulisan penghakiman yang jelas, tepat dan berstruktur.  
Kota Kinabalu: Pegawai daerah di Sabah disaran memperkukuh kefahaman terhadap bidang kuasa Mahkamah Anak Negeri (MAN) bagi memastikan setiap keputusan yang dibuat adalah sah, adil dan berintegriti.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr Arifin Mohd Arif berkata peranan Pegawai Daerah sebagai hakim Mahkamah Anak Negeri Daerah (MAND) amat signifikan khususnya dalam mengendalikan kes berkaitan undang-undang adat serta kepentingan masyarakat setempat.

Advertisement
Tegasnya kefahaman yang jelas terhadap bidang kuasa MAN adalah keperluan asas bagi mengelakkan kesilapan prosedur yang boleh menjejaskan kesahihan sesuatu keputusan.

“Peranan ini menuntut pemahaman menyeluruh terhadap bidang kuasa, pematuhan prosedur serta keupayaan menjunjung prinsip keadilan dan integriti yang tinggi dalam setiap keputusan yang dibuat. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kefahaman yang tepat amat penting bagi memastikan setiap keputusan kehakiman dibuat berlandaskan peruntukan undang-undang dan tidak terdedah kepada kecacatan prosedur,” katanya pada majlis Penutupan Bengkel Kehakiman Mahkamah Anak Negeri Sabah Siri 1/2026, pada Selasa.

Teks ucapannya disampaikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr Jamili Nais.

Advertisement
Arifin berkata bengkel berkenaan memberi pendedahan lebih jelas kepada Pegawai Daerah mengenai tanggungjawab serta had kuasa dalam mengendalikan kes di MAN, di samping meningkatkan kemahiran penulisan penghakiman yang jelas, tepat dan berstruktur.  

“Penulisan penghakiman yang baik bukan sahaja mencerminkan kewibawaan institusi kehakiman, malah membantu pihak-pihak berkepentingan memahami asas dan rasional sesuatu keputusan seterusnya mengurangkan risiko aduan serta rayuan.

Advertisement
“Sebagai hakim MAN, Pegawai Daerah mesti sentiasa bertindak berlandaskan prinsip keadilan, kesaksamaan, ketelusan dan akauntabiliti supaya kepercayaan masyarakat terhadap institusi kehakiman itu terus dipelihara,” katanya.

Beliau juga menegaskan keperluan penyeragaman pengetahuan dan amalan kehakiman di seluruh daerah di Sabah bagi memastikan pendekatan yang lebih konsisten, adil dan berintegriti.

“Pegawai Daerah sebagai hakim MAN hendaklah sentiasa bertindak berlandaskan prinsip keadilan, ketelusan dan akauntabiliti demi kepentingan rakyat dan Kerajaan Negeri,” katanya.

Bengkel anjuran Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (Jheans) melalui Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (Ilma) itu disertai 40 Pegawai Daerah dari seluruh Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Majlis Perbandaran.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Myrna Jimenez, Pengarah Jheans Nordin Lossin dan Timbalan Pengarah Dasar dan Operasi Jheans Noorfaridah Othman.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here