Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Lelaki dituduh edar syabu terlepas tali gantung
Published on: Wednesday, January 21, 2026
Published on: Wed, Jan 21, 2026
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Lelaki dituduh edar syabu terlepas tali gantung
FADZLI disambut oleh pegawai serta ahli keluarganya sebaik tiba dan mendengar keputusan mahkamah.
SANDAKAN: Seorang lelaki tempatan Mohd Fadzli Masli berusia 42 tahun dibebaskan daripada pertuduhan mengedar 347.5 gram methamphetamine atau syabu selepas dua tahun ditahan.

Hakim Mahkamah Tinggi Saiful Azian Mokhtar memutuskan pada Selasa bahawa pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan sepanjang perbicaraan.

Advertisement
Fadzli sebelum ini didakwa pada 5 Februari 2024 di kawasan berhampiran Jalan Sapi Nangoh, Beluran di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan minimum 12 kali jika tidak dijatuhi hukuman mati.

Perbicaraan kes berlangsung dalam beberapa sesi dari Februari hingga September 2025 dengan pihak pembelaan memanggil seramai 10 orang saksi.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Mahkamah mendapati terdapat kecacatan dalam rantaian keterangan semasa peringkat pembelaan sekali gus menjejaskan kes pendakwaan.

Fadzli diwakili peguam Hamida Ambo sepanjang perbicaraan.

Advertisement
Ahli keluarga tertuduh turut hadir di mahkamah bagi mendengar keputusan dan dilihat sebak sejurus keputusan pembebasan diumumkan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here