Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Pemandu lori maut nahas di Tenom
Published on: Wednesday, January 21, 2026
Published on: Wed, Jan 21, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Pemandu lori maut nahas di Tenom
MANGSA tersepit selepas cuba terjun keluar dari lori itu.
Tenom: Seorang pemandu lelaki berusia 38 tahun maut selepas lori 10 tan yang membawa muatan bibit sawit terbabas sendiri di tepi jalan di Pammos View, Kampung Pamilan Batu 15.5, Jalan Tenom–Keningau, Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Mudi Pengiran, mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.42 petang.

Advertisement
“Sejurus menerima panggilan, sepasukan lima anggota bersama sebuah jentera FRT dari digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 26 kilometer dari balai,” katanya.

Menurut beliau, pasukan tiba di lokasi pada jam 3.06 petang dan mendapati seorang mangsa lelaki, yang merupakan pemandu lori, tersepit di bahagian belakang kanan berhampiran tayar kenderaan tersebut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Mudi berkata, menurut saksi, mangsa dipercayai cuba terjun keluar dari lori sebelum kenderaan itu terbabas ke bahu jalan. Bagaimanapun, mangsa malangnya tersepit.

Advertisement
Operasi menyelamat, katanya, dijalankan dengan berhati-hati berikutan kedudukan mangsa yang tersepit serta keadaan lori yang tidak stabil. Pasukan menggunakan bantuan sebuah jengkaut bagi mengalih dan menstabilkan kenderaan itu untuk membolehkan mangsa dikeluarkan.

“Setelah kerja-kerja mengeluarkan mangsa selesai, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan dan siasatan lanjut,” katanya.

Advertisement
Operasi ditamatkan selepas pemeriksaan menyeluruh dilakukan bagi memastikan tiada lagi risiko bahaya di lokasi kejadian.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here