LAHAD DATU: Sebuah rumah tidak kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Silam Pangkalan pada pagi Isnin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.40 pagi sebelum menggerakan tiga jentera bersama 15 anggota bomba ke lokasi kejadian.
“Setibanya di tempat kejadian komander operasi melaporkan sebuah rumah tidak kekal berukuran 5 x 10 kaki persegi musnah sepenuhnya dalam kebakaran tersebut.
“Pasukan bomba bertugas kemudianya menjalankan operasi pemadaman dan berjaya mengawal kebakaran pada jam 9.07 pagi.
“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran berkenaan,” katanya.
Sumsoa memaklumkan operasi ditamatkan pada jam 9.28 pagi selepas anggota memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.