Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Banjir lumpuh pekan, kampung Membakut
Published on: Tuesday, January 20, 2026
Published on: Tue, Jan 20, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Banjir lumpuh pekan, kampung Membakut
ANTARA kawasan dilanda banjir.
MEMBAKUT: Banjir yang melanda kawasan Pekan Lama di sini menyebabkan pergerakan penduduk terjejas teruk apabila laluan utama di Kampung Bandau tidak dapat dilalui kenderaan kecil.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Supt Wong Leong Meng, berkata setakat pagi Isnin aliran air di Kampung Bandau masih deras dan berbahaya untuk dilalui, walaupun keadaan keseluruhan masih terkawal.

Advertisement
Menurut beliau, beberapa premis penting di kawasan Pekan Lama terpaksa ditutup berikutan dinaiki air, termasuk Sekolah Kebangsaan Pekan, Pejabat Pos serta Sekolah Kebangsaan Kampung Brunei.

“Walaupun air mula surut sejak Sabtu lalu, beberapa kawasan masih digenangi air. Jalan menuju ke Kampung Brunei masih ditenggelami banjir dan tidak sesuai untuk digunakan oleh kenderaan kecil,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya yang menuju ke Kuala Penyu dinasihatkan menggunakan laluan alternatif melalui jalan pintas Kampung Tahak, seterusnya melalui Kampung Pimping sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Penyu dan Menumbok.

Wong turut mengingatkan penduduk terjejas supaya sentiasa berwaspada, khususnya memastikan kanak-kanak tidak bermain di kawasan banjir kerana risiko keselamatan yang tinggi.

Advertisement
Beliau berkata kebimbangan semakin meningkat susulan laporan penampakan dua ekor buaya di kawasan berhampiran, sekali gus memberi amaran jelas tentang kehadiran reptilia berbahaya itu dan ancaman yang boleh ditimbulkannya kepada penduduk.

“Ibu bapa harus memantau pergerakan anak-anak dengan lebih rapi dan tidak membenarkan mereka bermain di kawasan banjir. Keadaan ini bukan sahaja berbahaya, malah boleh menyebabkan penularan penyakit,” katanya.

Advertisement
Menurut sumber, Kampung Sinoku dan Kampung Baitam juga sering dilanda banjir apabila paras air Sungai Membakut meningkat, terutama ketika hujan berterusan.

Penduduk dinasihatkan berhati-hati ketika melalui laluan yang masih dinaiki air kerana paras air kekal tinggi dan arus boleh berubah secara mendadak.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here