SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.

Advertisement
Advertisement
“Pada suatu masa dahulu tong sampah diletakkan berhampiran setiap bangunan namun ia telah lama dialihkan,” katanya.
Seorang lagi pengadu meluahkan kekecewaan terhadap sampah yang berselerak di sekitar Taman Suria sambil menyatakan keadaan itu bukan sahaja mencacatkan pemandangan malah boleh menjejaskan kesihatan penduduk dan mereka yang bekerja di kawasan berkenaan.
“Saya tidak pasti siapa yang harus dipersalahkan.
“Mungkin pihak syarikat pengurusan tidak berbuat secukupnya untuk menangani masalah ini atau mungkin berlaku gangguan dalam perkhidmatan kutipan sampah majlis,” jelasnya.
Bagaimanapun jurucakap MPP menafikan dakwaan berlaku kelemahan dalam perkhidmatan kutipan sampah pihak majlis. Katanya semakan rekod menunjukkan tiada sebarang gangguan dalam kutipan tersebut.
“Mereka yang tinggal di kawasan pangsapuri sepatutnya menggunakan tong sampah komuniti di pusat tong sampah yang disediakan. Mereka tidak dibenarkan membuang sampah di laluan berhampiran tempat letak kereta atau di bawah pokok palma di kawasan awam,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa pihak syarikat pengurusan sepatutnya menangani masalah berkenaan.
“Syarikat perlu melakukan lebih banyak usaha untuk memastikan kawasan awam sentiasa bersih, termasuk membersihkan sampah yang dibuang di tempat selain pusat tong sampah,” tambahnya.
Menurutnya syarikat pengurusan telah “digalakkan dengan tegas” untuk mengambil tindakan terhadap penyewa dan pemilik unit yang tidak bertanggungjawab.
“Kami menggesa pihak pengurusan supaya mengarahkan pengawal keselamatan memantau individu-individu ini dan mengambil tindakan sewajarnya.
“Syarikat juga diminta mengenal pasti ‘kawasan bermasalah’ yang menjadi lokasi pembuangan sampah haram dalam kawasan pangsapuri,” ujarnya.
Mengenai timbunan sampah yang dibangkitkan oleh dua pengadu tersebut jurucakap berkata seramai 12 kakitangan MPP telah turun ke lokasi awal minggu ini untuk membersihkan kawasan berkenaan dengan bantuan dua lori terbuka milik majlis.
“Sampah itu dibersihkan atas dasar kemanusiaan sebagai bantuan ‘sekali sahaja’ kepada pihak syarikat pengurusan,” katanya.







