Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Kerajaan Negeri sokong Festival Tarian Singa Tahun Baharu Cina
Published on: Thursday, January 15, 2026
Published on: Thu, Jan 15, 2026
By: Jimmy Goh
Text Size:
Text:
Kerajaan Negeri sokong Festival Tarian Singa Tahun Baharu Cina
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri mengesahkan sokongan berterusan terhadap penganjuran Festival Tarian Naga, Qilin (Unicorn) dan Singa sempena Tahun Baharu Cina (TBC) sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan dalam memelihara keharmonian masyarakat serta kepelbagaian budaya di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor (gambar) mengarahkan Pembantu Menteri Kewangan Datuk Ben Chong dan Timbalan Ketua Gagasan Rakyat Kiulu Datuk George Teo bagi membantu memastikan kelancaran penganjuran acara tahunan itu.

Advertisement
Festival tersebut yang turut menampilkan pameran Kampung Budaya Tahun Baharu Cina, pertandingan mewarna kanak-kanak serta penulisan sajak musim bunga akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 25 Januari ini.

Acara anjuran Persatuan Masyarakat Cina Bersekutu Sabah di Kota Kinabalu (USCCA KK) itu akan berlangsung dari 8 pagi hingga 8 malam dan dibuka kepada orang ramai dengan kemasukan percuma.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ketua Menteri kekal komited menyokong aktiviti kebudayaan yang menyatukan masyarakat tanpa mengira latar belakang,” kata Teo.

Beliau menegaskan sambutan kebudayaan seperti Tahun Baharu Cina memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan sosial serta memelihara identiti berbilang kaum di Sabah.

Advertisement
Menurutnya kerjasama semua pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan aktiviti kemasyarakatan terus berkembang demi manfaat rakyat.

Delegasi USCCA KK yang diketuai Presidennya Datuk Susan Wong mengadakan kunjungan hormat ke atas Ben Chong pada Isnin bagi menyampaikan jemputan rasmi ke festival berkenaan.

Advertisement
Susan merakamkan penghargaan kepada Hajiji dan Kerajaan Negeri atas sokongan berterusan dalam memartabatkan budaya Cina yang menurutnya telah membantu kelancaran penganjuran pelbagai aktiviti masyarakat termasuk sambutan tahunan TBC.

Sementara itu Ben Chong menyifatkan festival berkenaan sebagai acara ikonik TBC di Sabah khususnya di Kota Kinabalu yang sentiasa dinanti-nantikan oleh masyarakat setempat setiap tahun.

“Kerajaan Negeri memberi keutamaan tinggi kepada pembangunan kebudayaan dan penganjuran perayaan yang mencerminkan kepelbagaian masyarakat Sabah.

“Kerajaan Negeri akan terus melindungi hak dan kepentingan semua rakyat Sabah serta menyokong inisiatif yang menggalakan perpaduan dan saling menghormati,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here