Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Christina Liew Penasihat Kehormat SCCC buat penggal ketiga
Published on: Thursday, January 15, 2026
Published on: Thu, Jan 15, 2026
Text Size:
Text:
Christina Liew Penasihat Kehormat SCCC buat penggal ketiga
LIEW (tengah) menerima jemputan ke Majlis Pelantikan Jawatankuasa Eksekutif baharu SCCC.
Kota Kinabalu: Bekas Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew dilantik sebagai Penasihat Kehormat Dewan Perniagaan China Sabah (SCCC) bagi penggal ketiga berturut-turut.

Beliau menerima surat pelantikan tersebut daripada Presiden SCCC Datuk Frankie Liew semasa kunjungan hormat delegasi sembilan ahli ke Pejabat Guaman Liew pada Rabu.

Advertisement
Liew turut dijemput sebagai salah seorang tetamu kehormat pada majlis pelantikan Jawatankuasa Eksekutif baharu SCCC bagi penggal 2025-2028 yang dijadualkan berlangsung pada 16 Mac di Dewan Hakka.

Turut hadir ialah Naib Presiden SCCC Ir Ts K.J Tan dan HH Chiew serta ahli jawatankuasa terdiri Chin Hui Zhi, Yee Shi Ping, Chan Jun Git, Lucas Kwan, Cydia Liu dan Leo Liew.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam taklimat kepada Penasihat Kehormat itu Frankie berkata SCCC telah menubuhkan Jabatan Padanan Perniagaan dan Pemudahcara Pelaburan bagi rakan-rakan dari Republik Rakyat China untuk meneroka peluang perdagangan dan pelaburan di Sabah semasa lawatan pertukaran ke negeri ini.

“Jabatan tersebut yang diterajui oleh Liu akan memudahcara sesi padanan perniagaan bersama delegasi pelawat dari China,” katanya.

Advertisement
Di bawah kepimpinan Frankie kata Liew SCCC berada pada kedudukan kukuh untuk menjalin kerjasama berimpak tinggi dengan pelbagai wilayah di China dalam bidang teras seperti perdagangan, pertanian, teknologi, pembangunan budaya dan pelancongan dua hala.

“Saya kagum dengan kejayaan SCCC memperluaskan rangkaianya di China melalui penubuhan pejabat perhubungan di Foshan, Guangzhou dan Jilin selain beberapa wilayah lain bagi meningkatkan perdagangan, pelaburan dan kerjasama antara Sabah dan China.

Advertisement
“Dengan peningkatan keterlihatan di China, Dewan ini semakin mendapat pengiktirafan dalam kalangan syarikat dan perusahaan perniagaan di Republik Rakyat China,” katanya.

Sejak 2024 hingga Disember lalu SCCC telah mengadakan lawatan pertukaran dengan wilayah seperti Zhejiang, Shenzhen, Guizhou, Henan, Fujian dan Shanghai bagi merancakan perdagangan dan pelaburan, meneroka potensi kerjasama ekonomi serta mempromosikan pertukaran budaya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here