Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Dua suspek kes pecah rumah diberkas
Published on: Thursday, January 15, 2026
Published on: Thu, Jan 15, 2026
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Dua suspek kes pecah rumah diberkas
POLIS berjaya menahan kedua-dua suspek di sebuah rumah tidak bernombor.
TAWAU: Dua lelaki warga asing yang disyaki melakukan kes pecah rumah berjaya diberkas dalam satu serbuan Op Kesan di sebuah rumah tidak bernombor di Batu 5 Jalan Apas kira-kira jam 3 petang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata polis terpaksa menggunakan kekerasan minima apabila kedua-dua suspek yang berumur 36 dan 38 tahun itu enggan memberi kerjasama ketika hendak ditahan.

Advertisement
“Mereka berdua dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah yang dilaporkan berlaku pada 4 Januari lepas kira-kira jam 8 malam di sebuah rumah kebun di Batu 5 Jalan Apas.

ANTARA barangan yang dilaporkan hilang oleh pengadu.“Kes berkenaan dilaporkan oleh seorang wanita yang juga suri rumah berumur 38 tahun yang mengatakan rumahnya sudah dipecah masuk hingga menanggung kerugian berjumlah kira-kira RM10,000.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kejadian itu hanya disedari sebaik pengadu kembali ke kediamannya pada 3 Januari selepas balik bercuti ke kampung halamannya di Serudong pada 23 Disember apabila melihat keadaan dalam rumah berselerak dan mendapati ada barangnya yang hilang.

“Pengadu memaklumkan barang yang hilang meliputi satu unit gergaji berantai, satu tong gas petroleum cecair, tiga buah kipas, dua gulung wayar lampu, empat set suis lampu dan mentol, tabung duit syiling serta kuali.

Advertisement
“Dua unit beg pakaian yang mengandungi busana adat tradisi etnik Murut dan dokumen pasport antarabangsa milik anak pengadu turut dilaporkan hilang dipercayai dicuri ketika rumahnya dipecah masuk,” katanya pada Rabu.

Jasmin menyatakan barang-barang yang dilaporkan hilang berhasil ditemui semula termasuk satu unit alat pembesar suara dan 10 utas barang perhiasan tradisional pelbagai saiz dalam serbuan yang dilaksanakan pihak polis.

Advertisement
Tambahnya kedua-dua suspek kini ditahan untuk soal-siasat manakala semakan latar belakang yang dilakukan pula mendapati kesemua suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan jenayah lampau.

“Siasatan kes ini dijalankan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan berkaitan perbuatan jenayah pecah rumah pada waktu malam untuk mencuri atau kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here