Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Dr Yusof dilantik pengerusi Sabah Development Berhad
Published on: Wednesday, January 14, 2026
Published on: Wed, Jan 14, 2026
Text Size:
Text:
Dr Yusof dilantik pengerusi Sabah Development Berhad
DR Yusof (tengah) bersama ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan SDB.
Kota Kinabalu: Datuk Dr Yusof Yacob dilantik sebagai Pengerusi baharu Sabah Development Berhad (SDB), salah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Kerajaan Negeri di bawah Jabatan Ketua Menteri dan Kementerian Kewangan Negeri.

Dr Yusof, yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad, menggantikan Datuk Poon Ming Fung sebagai Pengerusi SDB.

Advertisement
Bekas Adun Sindumin itu memulakan tugasnya di pejabat SDB di Menara Kinabalu pada Selasa.

Beliau diberi taklimat mengenai operasi serta hala tuju strategik SDB yang turut dihadiri beberapa ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan kanan syarikat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam sesi taklimat itu, Dr Yusof merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Beliau menyifatkan pelantikan tersebut sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar bagi memastikan SDB terus berkembang sebagai sebuah syarikat pembangunan milik kerajaan negeri yang berjaya.

Advertisement
Pada peringkat awal, katanya, beliau akan memberi tumpuan untuk memahami secara menyeluruh peranan serta hala tuju strategik SDB, termasuk anak syarikatnya seperti Jetama Sdn Bhd, supaya ia dapat memainkan peranan lebih berkesan dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, pembangunan dan kesejahteraan rakyat Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here