Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Mohd Ishak, Jordan tinjau keadaan jambatan gantung Kampung Baginda
Published on: Monday, January 12, 2026
Published on: Mon, Jan 12, 2026
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Mohd Ishak, Jordan tinjau keadaan jambatan gantung Kampung Baginda
MOHD Ishak (kanan), Jordan (tengah) bersama yang lain ketika memeriksa keadaan jambatan tersebut.
KENINGAU: Keadaan jambatan gantung Kg Baginda di sini yang semakin teruk mengundang kebimbangan ratusan penduduk di kawasan itu yang risau keselamatan mereka terutama kanak-kanak kecil ketika melintasi jambatan itu.

Kebimbangan penduduk disuarakan melalui wakil masyarakat setempat yang sebelum ini telah membawa isu tersebut kepada pimpinan kawasan, untuk mendapatkan tindakan selanjutnya.

Advertisement
Perkara itu mendapat perhatian yang diperlukan apabila dua pemimpin negeri mengadakan lawatan tapak bagi menilai tahap keselamatan dan keperluan penambahbaikan infrastruktur demi kesejahteraan penduduk setempat.

Pada pagi Sabtu, Pembantu Menteri Kewangan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor, Dato’ Mohd Ishak Datuk Ayub, bersama Pembantu Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Adun Tulid, Jordan Jude Ellron, turun padang untuk melawat jambatan itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Lawatan tersebut bertujuan untuk mendapatkan gambaran langsung tahap keselamatan jambatan yang menjadi laluan utama penduduk kampung selain mengenal pasti keperluan segera untuk kerja-kerja penyelenggaraan atau naik taraf.

Hasil penilaian awal akan dibawa ke peringkat yang berkaitan untuk pertimbangan tindakan susulan, dan diharapkan tindak balas positif dapat diberikan yang bermanfaat untuk penduduk di sini.

Advertisement
Tindakan itu diambil selaras dengan komitmen kerajaan negeri memastikan kemudahan asas luar bandar sentiasa selamat dan berfungsi dengan baik, sekali gus memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara.

Keprihatinan kedua-dua pemimpin yang hadir meninjau keadaan semasa struktur dan kemudahan sokongan itu disambut baik penduduk di sini yang berharap tindakan positif akan berlaku.

Advertisement
Jambatan gantung Kg Baginda merupakan laluan penting bagi penduduk setempat khususnya untuk aktiviti harian, persekolahan dan ekonomi, sekali gus menjadikannya antara prasarana yang diberi keutamaan dalam agenda pembangunan kawasan itu.

Musim hujan ketika ini memuncakkan keresahan penduduk di sini, lebih-lebih lagi memandangkan musim persekolahan akan datang semakin hampir, di mana pelajar sekolah akan banyak bergantung kepada jambatan terbabit.   
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here