Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Dua wanita ditahan ekoran salah guna, memiliki dadah 
Published on: Friday, January 09, 2026
Published on: Fri, Jan 09, 2026
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Dua wanita ditahan ekoran salah guna, memiliki dadah 
Menurut Jasmin suspek seorang lelaki warga asing berumur 19 tahun yang ditahan bersama sebungkus plastik hitam yang disyaki mengandungi syabu seberat kira-kira 1 kilogram dianggarkan bernilai RM35,000.
TAWAU: Dua wanita tempatan berumur lingkungan 30-an ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah dan memiliki syabu dalam dua serbuan di lokasi berasingan pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata suspek pertama yang berumur 39 tahun ditahan di Lorong Bunga Raya manakala suspek kedua wanita, 34, pula berhasil dikesan di Kampung Titingan.

Advertisement
“Polis turut merampas sepaket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat kira-kira 0.07 gram daripada suspek pertama.

“Polis juga membuat rampasan barang kes serupa yang dianggarkan seberat 0.12 gram daripada suspek kedua selepas diperiksa kerana berkelakuan mencurigakan,” katanya pada Khamis.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Mengulas lanjut Jasmin berkata kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Menurutnya kedua-dua suspek kini berada dalam tahanan polis dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Advertisement
Terdahulu polis turut berhasil menangkap seorang penghantar barang (runner) dalam satu operasi khas pada minggu lepas di hadapan sebuah pusat penyimpanan sejuk beku di kawasan Jalan Chong Thien Vun.

Menurut Jasmin suspek seorang lelaki warga asing berumur 19 tahun yang ditahan bersama sebungkus plastik hitam yang disyaki mengandungi syabu seberat kira-kira 1 kilogram dianggarkan bernilai RM35,000.

Advertisement
“Hasil siasatan yang dijalankan juga suspek mengaku menerima upah puluhan juta Rupiah sebagai penghantar dadah untuk membawa bekalan dadah itu ke negara jiran,” katanya.

Tambahnya siasatan kes dibuka mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 sementara risikan diteruskan bagi mengenal pasti rangkaian pengedaran dadah yang mempunyai kaitan dengan suspek.

Pada masa sama beliau menasihatkan orang ramai supaya menjauhi dadah dan menggesa mereka yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah supaya melaporkanya kepada pihak polis.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here