Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Merusuh: Tiga pekerja cuci kereta ditahan di Tawau
Published on: Wednesday, January 07, 2026
Published on: Wed, Jan 07, 2026
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Merusuh: Tiga pekerja cuci kereta ditahan di Tawau
Jasmin berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5.30 petang pada 6 November lepas apabila mangsa yang berumur 19 tahun menghantar keretanya untuk dicuci sebelum meminta kebenaran mencuci sendiri.
TAWAU: Tiga lelaki termasuk dua warga asing diberkas untuk membantu siasatan kes merusuh melibatkan seorang pengawal keselamatan di sebuah premis cuci kereta di Jalan Chong Thien Vun tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata suspek membabitkan seorang warga tempatan berumur 32 tahun manakala dua lagi warga asing berumur 30an dan 18 tahun.

Advertisement
“Mereka ditahan di tepi sebuah premis cuci kereta berhampiran sebuah pasar raya kira-kira jam 12 tengah hari pada Isnin oleh pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD),” katanya di sini pada Selasa.

Jasmin berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5.30 petang pada 6 November lepas apabila mangsa yang berumur 19 tahun menghantar keretanya untuk dicuci sebelum meminta kebenaran mencuci sendiri.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Bagaimanapun salah seorang pekerja premis cuci kereta terbabit dikatakan bertindak menumbuk badan remaja lelaki itu sebelum dua lagi rakannya turut ikut menyerang mangsa sehingga mengalami kesakitan.

“Semakan rekod mendapati suspek lelaki tempatan mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau di bawah undang-undang berkaitan kesihatan awam dan penyalahgunaan dadah,” katanya.

Advertisement
Menurutnya, dua suspek warga asing tidak mempunyai rekod kesalahan lampau namun disyaki tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Ketiga-tiga suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Advertisement
“Orang ramai dinasihatkan supaya menyelesaikan perselisihan yang timbul secara berhemah dan salurkan maklumat berkaitan jenayah kepada pihak polis,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here