Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Majlis Perbandaran Sandakan bakal laksana strategi pembangunan menyeluruh
Published on: Monday, January 05, 2026
Published on: Mon, Jan 05, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Majlis Perbandaran Sandakan bakal laksana strategi  pembangunan menyeluruh
WALTER (dua dari kiri) ketika menghadiri pembukaan sebuah jenama makanan di Bandar IJM pada Ahad.
SANDAKAN: Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) sedang melaksanakan secara menyeluruh strategi pembangunan yang berteraskan jenama tempatan dan ekonomi mikro. 

Presidenya Walter Kenson berkata ini termasuklah menjalin kerjasama strategik dengan Dewan Perniagaan Cina Sandakan bagi merancang dan memacu hala tuju pembangunan ekonomi Sandakan.

Advertisement
“MPS akan menubuhkan jawatankuasa bersama dengan Dewan Perniagaan Cina Sandakan untuk membincangkan secara sistematik ekosistem perniagaan tempatan, susun atur industri dan perancangan ekonomi melalui kerjasama sektor awam dan swasta.

“Ia bagi memperkukuh kedudukan Sandakan sebagai pusat kelahiran jenama tempatan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Walter berkata demikian kepada media selepas menghadiri pembukaan sebuah jenama makanan tempatan di Bandar IJM, Batu 6 pada Ahad. 

Dalam pada itu beliau berkata Sandakan sebenarnya telah melahirkan banyak perusahaan makanan dan runcit yang berjaya berkembang ke luar kawasan malah menjadi jenama. 

Advertisement
“Bagaimanapun sejak sekian lama ianya kurang disusun dan dipromosikan secara sistematik menyebabkan identiti “berasal dari Sandakan” belum berjaya dibentuk sebagai daya tarikan komersial dan ekonomi.

“Melalui kerjasama dengan Dewan Perniagaan Cina, MPS akan menyusun semula serta mempromosikan produk dan jenama yang berasal dari Sandakan termasuk sektor makanan dan minuman, produk tempatan serta industri berkaitan bagi memberi lebih banyak pendedahan dan ruang pertumbuhan kepada perusahaan tempatan,” katanya. 

Advertisement
Di samping itu beliau turut mendedahkan bahawa MPS pada masa hadapan akan menjalin kerjasama strategik dengan Persatuan Industri Sarang Burung Sandakan bagi mempromosikan secara sistematik industri sarang burung dan produk berkaitan yang berasal dari Sandakan. 

Jelasnya ini dilaksanakan melalui integrasi industri dan strategi penjenamaan untuk meningkatkan kebolehpasaran serta nilai tambah produk sarang burung tempatan sekali gus mengukuhkan kedudukan Sandakan sebagai kawasan pengeluar sarang burung yang penting.

Di peringkat dasar Walter menegaskan bahawa MPS telah mempermudahkan secara ketara prosedur permohonan lesen perniagaan dan permit berkaitan, mengurangkan karenah birokrasi dan prosedur yang tidak perlu serta melaksanakan sepenuhnya dasar pihak berkuasa tempatan yang mesra pelaburan dan perniagaan.

Beliau berkata selagi permohonan mematuhi peraturan pihak berkuasa tempatan dan dokumen lengkap MPS akan meluluskan serta mengeluarkan lesen dengan pantas tanpa kelewatan yang disengajakan selaras dengan pendirian pentadbiran semasa.

Menurutnya langkah berkenaan telah menunjukan hasil sejak pertengahan tahun lalu apabila sebanyak 2,273 lesen perniagaan diluluskan di Sandakan pada tahun 2024 iaitu meningkat kepada 2,463 pada tahun 2025, pertambahan hampir 10 peratus mencerminkan peningkatan keyakinan orang ramai terhadap persekitaran perniagaan dan hala tuju dasar.

“Semua permohonan yang mematuhi peraturan telah diluluskan sekali gus menunjukan bahawa kedai-kedai yang sebelum ini kosong di kawasan bandar mula diaktifkan semula memberi kesan positif kepada pembangunan ekonomi mikro,” jelasnya lagi. 

Dalam masa yang sama beliau menambah bahawa MPS akan terus menambah baik sistem dalaman dan aliran kerja pada tahun 2026 bagi memperkukuh sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta sektor perkhidmatan tempatan bagi memastikan kesinambungan daya hidup ekonomi.

Beliau juga berkata pada peringkat yang lebih menyeluruh MPS juga telah berbincang dengan wakil rakyat serta agensi kerajaan berkaitan mengenai syarat-syarat utama untuk meningkatkan momentum ekonomi keseluruhan Sandakan termasuk penambahbaikan laluan trafik utama dan hubungan serantau bagi mengatasi kebergantungan berlebihan terhadap sokongan penduduk tempatan semata-mata.

Menurutnya hanya dengan memperkukuh secara serentak infrastruktur persekitaran perniagaan dan pembangunan jenama tempatan, ekonomi Sandakan dapat berkembang dengan lebih pantas dan mampan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here