Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Dua buaya dikesan di sungai Kg Pimping
Published on: Saturday, December 27, 2025
Published on: Sat, Dec 27, 2025
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Dua buaya dikesan di sungai Kg Pimping
DUA ekor buaya yang dilihat.
MEMBAKUT: Penduduk dan nelayan Kampung Pimping diingatkan supaya berwaspada selepas dua ekor buaya dikesan di sungai berdekatan kampung itu, kata Ketua Polis Daerah, Supt Wong Leong Ming.

Beliau berkata kehadiran haiwan pemangsa bersikap ganas itu meningkatkan risiko keselamatan, terutama kepada kanak-kanak yang sering mandi di sungai dan nelayan ketika memukat. Polis Diraja Malaysia menyeru penduduk supaya sentiasa berhati-hati di sepanjang sungai.

Advertisement
“Kita bimbang jika ada yang tidak peka, terutama kanak-kanak. Nelayan juga perlu berhati-hati semasa berada dalam sungai,” katanya.

Wong menambah beliau telah mengarahkan Ketua Polis Balai menemui saksi dan menerima rakaman video bagi pengesahan kejadian. Jabatan Hidupan Liar turut diminta mengambil tindakan segera bagi memastikan keselamatan penduduk.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Penduduk yang menyaksikan dua ekor buaya itu, Dayang Hairena Awang Basir, berkata haiwan itu dilihat pada pukul 11.50 pagi, Khamis lalu, berhampiran rumahnya. Menurutnya, haiwan tersebut bersaiz besar, kira-kira tiga meter.

“Saya bimbang kanak-kanak atau nelayan yang berada di sungai mungkin menjadi mangsa. Saya harap Jabatan Hidupan Liar segera menangkap buaya tersebut kerana ia ancaman kepada penduduk,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here