Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Lima kenderaan disita, 20 saman dikeluarkan dalam operasi di Lahad Datu
Published on: Wednesday, December 24, 2025
Published on: Wed, Dec 24, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Lima kenderaan disita, 20 saman dikeluarkan dalam operasi di Lahad Datu
ANGGOTA polis memeriksa kenderaan dan individu semasa operasi itu.
LAHAD DATU: Polis menyita lima kenderaan dan mengeluarkan 20 saman dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan di beberapa lokasi hotspot sekitar pekan di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah ACP Dzulbaharin Ismail berkata operasi yang dijalankan dari jam 12 tengah malam hingga 4 pagi itu bertujuan membendung kegiatan samseng jalanan yang mengganggu keselamatan awam.

Advertisement
Menurutnya, operasi terbabit dilaksanakan di beberapa kawasan tumpuan termasuk Bandar Fajar, Bandar Sri Perdana, Jalan Airport dan Jalan Pan Borneo.

“Susulan operasi, sebanyak 20 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, tiada cermin sisi, pengubahsuaian ekzos, tiada insurans, cukai jalan (LKM) tamat tempoh dan lain-lain.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Seramai 18 individu dan 14 kenderaan telah diperiksa, hasilnya empat motosikal dan sebuah kereta disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Menurut Dzulbaharin, pihak polis tidak akan berkompromi terhadap kegiatan samseng jalanan kerana ia boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

Advertisement
Tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan secara berterusan demi keselamatan pengguna jalan raya.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang serta menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti seumpama itu kepada pihak polis.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here