SANDAKAN: Dua cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Jalan Sim-Sim kira-kira jam 4.30 petang Isnin.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George Abd Rakman, berkata siasatan awal mendapati pemandunya, seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun, hilang kawalan kenderaan itu di lokasi kejadian, yang kemudian melanggar penghadang konkrit dan plastik di sebelah kiri jalan sebelum terjunam ke dalam lubang pembentung.
“Kedua-dua mangsa telah menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan,” katanya.
Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.