Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Rumah 2 tingkat musnah dalam kebakaran di Telupid
Published on: Tuesday, December 23, 2025
Published on: Tue, Dec 23, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Rumah 2 tingkat musnah dalam kebakaran di Telupid
KEBAKARAN melibatkan sebuah rumah dua tingkat separa kekal di Telupid.
TELUPID: Sebuah rumah dua tingkat jenis separa kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Telupid berhampiran Fresh Market Telupid pada Ahad malam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran Edoen Michael berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.07 malam sebelum jentera bomba tiba di lokasi pada jam 10.25 malam selepas menempuh jarak kira-kira 100 kilometer.

Advertisement
Menurut beliau kebakaran melibatkan sebuah rumah berkeluasan anggaran 50 x 50 kaki persegi dan didapati telah terbakar 100 peratus ketika pasukan bomba tiba di lokasi.

“Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan satu pancutan dengan sumber air diperoleh daripada tangki jentera FRT,” katanya dalam satu kenyataan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Mengulas lanjut Edoen menyatakan operasi berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 12.05 tengah malam, 22 Disember sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.24 tengah malam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here